Mampukah Had Laju 30 km/j Kurangkan Kadar Kemalangan Di Jalan Raya?
Sejauh manakah had laju 30 kilometer sejam mampu memastikan keselamatan jika rakyat Malaysia tidak buang sikap mementingkan diri di atas jalan raya?
Apakan tidak, statistik Polis Diraja Malaysia mendedahkan bahawa satu kematian dicatatkan setiap 84 minit akibat kemalangan jalan raya.
Punca kematian disebabkan sikap pengguna jalan raya sendiri yang gemar melanggar lampu isyarat dan membuat pusingan secara haram.

Mengambil kira faktor itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dikatakan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan had laju 30 km/j bagi mengurangkan kadar kemalangan di ibu negara.
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Datuk Suret Singh.
Beliau memberi bayangan itu selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Suret (dua dari kiri) dan Mahadi ketika mengadakan pertemuan pada 7 Januari lalu.
“Ia masih dalam status pertimbangan. Miros akan bekerjasama dengan DBKL untuk melaksanakan had laju 30km/j di beberapa kawasan tertentu di ibu kota,” katanya dalam satu ciapan Twitter baru-baru ini.
Selain had laju 30 km/j di ibu kota, beberapa zon lain juga akan dikenakan had laju 50 km/j namun spesifikasi laluan masih belum didedahkan.
Untuk makluman anda, langkah itu diambil bagi membolehkan orang ramai menguruskan keselamatan dengan lalu lintas jalan raya dengan sebaik mungkin selain ia mampu mewujudkan kawasan yang selamat, sihat, hijau dan sesuai didiami.
Namun sejauh manakah langkah ini berkesan jika netizen sendiri masih memilih sikap mementingkan diri ketika berada di jalan raya.
Sebaliknya, apakah pendapat anda mengenai cadangan ini? Adakah ia mampu mengurangkan kadar kemalangan?
Apapun, jangan lupa kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA8652
SELANGOR
BSV3534
JOHOR
JH9503J
PULAU PINANG
PSH6158
PERAK
APN2791
PAHANG
CFJ4872
KEDAH
KGJ9561
NEGERI SEMBILAN
NEM6948
KOTA KINABALU
SJV3290
KUCHING
QAB1027Q
Terakhir Kemas Kini 25 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
17 Kematian Penunggang P-Hailing Tahun Lepas, MIROS Dedahkan Antara Tindakan Berbahaya Dibuat Segelintir Pembonceng
Seramai 17 orang penunggang motosikal p-hailing terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian pada tahun lepas.
19-04-2021
Berita Terkini
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Bina Tol Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan
KKR teliti bina lebuh raya bertol atasi kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.
24-11-2026
27,734 Kompaun Dibatalkan! Ini Nasib Sebenar Sistem Kamera ANPR di Pulau Pinang
Sistem ANPR tidak menjadi di Pulau Pinang.
24-11-2026
MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai
PEKEMA merancang untuk meneroka pasaran eksport kenderaan terpakai ke Bangladesh dan Pakistan.
23-11-2026
Ramalan Banjir Kelantan: Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah Antara Risiko Banjir
Empat daerah antara berisiko banjir sepanjang minggu ini.
23-11-2026
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh
Zeekr Lounge Dibuka Di PJ: Cas EV 480kW Hanya RM1.20/kWh.
23-11-2026
Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion
: Kerajaan memerlukan kira-kira RM400 bilion sekiranya mahu mengambil alih semua lebuh raya bertol di negara ini .
23-11-2026
10 Unit Pertama GWM ORA 5 Hi2 HEV Diserah, GWM Rawang Dibuka
GWM ORA 5 Hi2 HEV Mula Diserah, Jarak 1,100 km RM106.8k.
23-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


