- Berita
- Berita Auto
- Ini Berita Terbaharu Tentang Tesla Cybertruck – Upgrade Rekaan, Pemasangan Di Texas
Ini Berita Terbaharu Tentang Tesla Cybertruck – Upgrade Rekaan, Pemasangan Di Texas
Tesla Cybertruck diperkenalkan buat pertama kalinya pada bulan November tahun 2019. Sejak itu, penghasilannya seringkali ditangguhkan.

Baru-baru ini, trak pikap yang unik ini telah dilihat diturunkan daripada trak besar di ibu pejabat baharu Tesla yang berpangkalan di Gigafactory, Texas, Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan lain, beberapa keping foto mendedahkan prototaip alfa untuk versi Cybertruck yang telah dinaik taraf. Imej menunjukkan beberapa perubahan baharu pada reka bentuk fizikal trak misalnya ketiadaan pemegang pintu dan juga bilah pengelap tingkap yang besar. Sudut depan trak juga dipendekkan untuk memberi ruang yang lebih besar kepada cermin depan kereta.

Tesla Cybertruck ini dihasilkan oleh besi tahan karat, selain tampil dengan sistem suspensi udara adaptif.
Pintu but trak boleh dikawal secara automatik dan diubah menjadi tanjakan dengan cara merendahkan suspensi udara belakang.
Tarikan yang ada pada Tesla Cybertruck tidak terhenti di situ, pengguna turut boleh memdapatkan sambungan yang dinamakan CyberLandr. CyberLandr dapat mengubah Cybertruck untuk menjadi seperti sebuah campervan kerana 'kotak' CyberLandr ini menyediakan segala kemudahan sebuah tempat tinggal seperti ruang tidur, tandas, bilik mandi, dapur dan lain-lain.



Selain CyberLandr, terdapat juga pilihan sambungan lain iaitu FORM Camper yang dapat mentransformasikan bahagian belakang trak sebagai sebuah 'khemah' yang dikuasakan oleh tenaga solar.
Masa yang diperlukan untuk menyelesaikan transformasi kepada 'khemah' belakang kereta ini hanyalah 5 minit sahaja. Khemah ini boleh ditanggalkan dan diangkat daripada badan trak dengan menggunakan kaki elektrik.







Sebuah ciptaan yang cukup unik, membuatkan penulis tertanya-tanya, adakah ia hanya akan kekal sebagai sebuah konsep yang menarik semata-mata atau kita akan dapat melihat trak ini digunakan di atas jalan raya tak lama lagi? Mari kita tunggu dan lihat!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



