Pemandu Kereta Kini Mula Beralih Kepada Motosikal, Tapi Kenapa?
Percaya atau tidak, jualan terhadap motosikal mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan laku ibarat 'pisang goreng panas'.
Ada juga yang mengaitkan jualan motosikal semakin meningkat gara-gara warga kota mahu mengelak daripada kesesakan yang semakin teruk di Lembah Klang sejak kebelakangan ini.

Tidak kurang juga, ada yang menganggap gara-gara kenaikan kos sara hidup, ramai pengguna kereta kini beralih kepada penggunaan motosikal.
Selain mudah ulang-alik ke tempat kerja, ia juga sebenarnya menjimatkan wang. Apa tidaknya, dengan kenaikan kadar minyak yang semakin mencanak sekali gus menyebabkan motosikal menjadi rebutan orang ramai.

Namun, rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga motosikal.
Harga motosikal dijangka akan meningkat dalam tiga ke enam bulan akan datang gara-gara situasi ekonomi global serta keadaan pasaran semasa.
Seorang penjual motosikal di Subang Jaya yang enggan dikenali berkata, harga jualan dijangka akan meningkat antara RM300 sehingga RM500.
“Ketika ini, semua harga barang naik jadi, barang motosikal pun dijangka akan meningkat dalam tempoh terdekat ini,” katanya.
Bagi Zul, 30, pula, dia terpaksa mendapatkan motosikal jenis Y16 sehingga ke Jeram, Kuala Selangor.
“Kalau di Kuala Lumpur, semua penjual kata kena tunggu enam bulan. Buat masa ini, banyak motosikal tiada stok," ujarnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4732
SELANGOR
BSV2902
JOHOR
JH7581J
PULAU PINANG
PSH5408
PERAK
APN2093
PAHANG
CFJ4632
KEDAH
KGJ9082
NEGERI SEMBILAN
NEM6554
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB693Q
Terakhir Kemas Kini 21 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

