- Berita
- Berita Auto
- RM210,850 ‘Terbakar’ Ditipu Oleh Scammer Jual Vellfire Murah! Anda Mungkin Mangsa Seterusnya…
RM210,850 ‘Terbakar’ Ditipu Oleh Scammer Jual Vellfire Murah! Anda Mungkin Mangsa Seterusnya…

Seorang lelaki yang juga pekerja sebuah syarikat swasta terpaksa berputih mata apabila wang sebanyak RM210,850 lesap ditipu oleh sindiket jualan kereta dalam talian baru-baru ini.
Terpedaya Iklan Facebook

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias, berkata, mangsa terjerat dalam perangkap sindiket penipuan tersebut selepas terlihat iklan yang dipaparkan dalam laman sosial Facebook pada 25 Mei lalu.
Facebook “Thailand Imported Vehicle” yang ditemuinya menawarkan kereta-kereta import dari negara jiran pada harga yang murah.
Mula Berhubung Melalui WhatsApp & Membuat Transaksi

“Mangsa berminat mahu membeli Toyota Vellfire dengan harga tawaran RM33,000 setelah berhubung melalui aplikasi Whatsapp untuk tujuan pembelian.
“Mangsa tersebut kemudian diarah membuat pelbagai jenis pembayaran melibatkan deposit, caj penghantaran, cukai Kastam, urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya,” katanya.
Mangsa yang berusia 37 tahun itu telah diperdaya untuk membuat pembayaran sehingga RM210,850 dengan 21 transaksi kepada 11 akaun bank yang berbeza sejak 30 Mei hingga 2 Julai lalu.
Sedar Ditipu
Mangsa kemudian menyedari dirinya telah ditipu ‘hidup-hidup’ oleh suspek kerana kereta Toyota Vellfire yang dijanjikan masih tidak diterima walau bayaran telah dibuat.
Nasihat Untuk Orang Ramai
Pihak polis menasihatkan, “Jangan sesekali memberikan maklumat perbankan seperti nombor akaun, nombor kad, nombor pin dan kata laluan perbankan online kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.”
Cara yang terbaik, gunakan laman web CariCarz. Kereta baharu, terpakai atau recon, segalanya ditawarkan dalam satu platform yang sama.

Jangan biarkan diri anda terperangkap dalam sindiket yang akan membuat anda menyesal seumur hidup.
Baca: Kes Tipu Jual Beli Kereta Online Cecah RM5.4 Juta! Ini Helah Scammers Yang Ramai Perlu Tahu...
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


