ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cukup Agresif! Ini Dia Lakaran Bayangan Toyota Vios GR-S 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Semalam, Toyota telah mempertontonkan sedan segmen B, Toyota Yaris Ativ di Thailand yang menandakan bahawa negara kita bakal menerima Vios generasi keempat tidak lama lagi.




Memandangkan model Vios boleh dikatakan agak popular di Malaysia (dipengaruhi oleh sukan permotoran Gazoo Racing) ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah agaknya rupa Vios GR-S nanti.


Baru-baru ini, seorang pelakar rekabentuk automotif tempatan, Chin Swee Hoe, atau lebih dikenali sebagai Theophilus Chin (@theottle) cuba memberikan jawapan kepada persoalan yang terlintas di fikiran ramai. 



Dalam lakaran yang dikongsikan, kereta tersebut menggunakan lingkungan roda atau wheel arch yang besar (flared) menyerlahkan gaya rangginya. Chin turut menggabungkan elemen rali GR Yaris seperti yang dapat dilihat pada bahagian bampar, gril depan dan juga roda kereta. 




Sentuhan ranggi sama turut diberikan pada bahagian belakang kereta yang dilengkapkan dengan spoiler pada penutup but dan peresap belakang faux. Selain itu, lakaran ini turut menunjukkan reka letak baharu ekzos tiga corong yang menyerlahkan lagi gaya sporty kereta.




Bila dibandingkan lakaran ini dengan varian Yaris Ativ bergaya sporty aerokit yang telah didedahkan oleh Toyota Motor Thailand, lakaran yang dibuat oleh Chin nampaknya lebih menarik dengan gaya yang ternyata lebih agresif. 


Video lakaran bayangan Toyota Vios GR-S:



Apa pula pendapat anda tentang bayangan reka bentuk yang dihasilkan Chin untuk Toyota Vios GR-S generasi terbaharu ini?


Baca: Toyota Yaris Ativ, Harga Bermula RM68K

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY5825

SELANGOR

BSV1479

JOHOR

JH4675J

PULAU PINANG

PSH4272

PERAK

APM9807

PAHANG

CFJ4176

KEDAH

KGJ8372

NEGERI SEMBILAN

NEM5997

KOTA KINABALU

SJV2037

KUCHING

QAB302Q

Terakhir Kemas Kini 16 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-12-2024
Berita Auto

12-06-2024
Berita Auto

15-02-2024
Berita Auto

30-01-2024
Berita Auto

08-12-2023
Berita Auto

28-11-2023
Tips

16-08-2023
Global

13-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto
LTU Dibuka, Jangan Buang Sampah

LTU Dibuka, Jangan Buang Sampah

Sayangilah LTU: Simpan Sampah Dalam Kereta, Bukan Campak ke Jalan.

16-11-2026
Berita Auto
BMW, UM Pasang Solar Guna Bateri EV BMW  Terpakai

BMW, UM Pasang Solar Guna Bateri EV BMW Terpakai

BMW, UM Melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Menggunakan Bateri Hayat Kedua Kenderaan Elektrik BMW untuk Kampung Orang Asli di Pahang.

16-11-2026
Berita Auto
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya

Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya

Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE membuat penampilan sulung di Malaysia sebagai kereta pendahulu KLHALF Marathon 2026 sebelum pelancaran rasmi.

16-11-2026
Berita Auto
Proton S70 Cecah 82,488 Unit, Apa Rahsia Kejayaannya?

Proton S70 Cecah 82,488 Unit, Apa Rahsia Kejayaannya?

Dari Sedan Turbo Bajet Ke 82,488 Unit: Apa Sebenarnya Buat Ramai Tukar Ke Proton S70?

16-11-2026
Berita Auto
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto
Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.