[TULAR] King Myvi Kini Jadi Kereta Peronda Polis?

Tular di media sosial yang memaparkan beberapa buah King of the Road, Perodua Myvi dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Foto lima unit Perodua Myvi yang diletakkan di tepi jalan itu dikongsikan di Facebook SM Offroad and Outdoor Equipment (SMOE), sebuah syarikat yang menjual komponen dan aksesori kenderaan 4X4 di Banting.

Menurut syarikat tersebut, mereka diberikan tugas untuk memasang bar lampu strob dan siren kepada lima buah Myvi tersebut. Mereka turut mendedahkan bahawa Myvi tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perodua bersama PDRM, lapor Carlist.
Akan Digunakan Untuk Rondaan

Tambahnya lagi, kesemua Myvi ini akan digunakan bagi tujuan rondaan ringan pihak polis di daerah tertentu yang masih lagi belum didedahkan secara terperinci. Namun dua daripada lima kereta tersebut telah diserahkan kepada polis di daerah Ulu Yam Bharu dan Serendah, kedua-duanya tidak jauh dari kilang Perodua di Rawang.
Varian Myvi Yang Digunakan PDRM

Berdasarkan foto yang tular tersebut, Myvi yang digunakan bukan Myvi 2022 tetapi merupakan model pre-facelif varian tertinggi, AV, yang menggunakan enjin 1.5L aspirasi semulajadi 2NR-VE petrol dengan output maksimum 102 hp/137 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 4 kelajuan.
Bahagian Luar Myvi Yang Digunakan PDRM

Myvi ini tampil berbeza berbanding kereta peronda lain yang menggunakan warna putih kerana kesemua unit yang dipaparkan dalam foto tersebut dicatkan dengan warna Glittering Silver (perak).
Selain logo Polis, pada badan kereta turut terdapat logo bertulis Perodua pada bonet depan dan but belakang, termasuklah pintu belakang kiri dan kanan Myvi tersebut.
Baca: Nilai Jualan Semula Myvi Terpakai Tinggi!
Model Terlaris Malaysia Sehingga Kini
Model yang dilancarkan pada tahun 2005, Myvi, merupakan kereta paling laris seantero Malaya dengan jumlah jualan yang tinggi buat sembilan tahun berturut-turut dari tahun 2006 hingga 2014. Ia terus menjadi model terlaris negara antara tahun 2018 hingga 2021.
Baca: Perodua Myvi Yang Dinantikan Ramai Telah Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM45,700
Baca: Kereta Polis Jenis BMW M3 Competition Tular di Facebook!
Baca: Gaji Bawah RM3000? Ini Senarai 5 Model Kereta Termurah Dengan Minyak Paling Jimat
Baca: Myvi Baharu Terima Perubahan Yang Ketara! Apakah Perubahannya?
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



