BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM yang ditawarkan sebagai kereta flagship terbaharu bagi model prestasi M.
PRESTASI BMW XM

Hadir dalam versi hibrid plug-in, trenkuasa XM terdiri daripada enjin V8 4.4L turbo kembar yang digabungkan dengan motor elektrik. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui transmisi automatik lapan kelajuan. XM boleh melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

BMW XM menggunakan bateri lithium-ion 25.7 kWh yang menyalurkan tenaga kepada motor elektrik dengan output 194 hp/280 Nm. Output maksimum yang mampu dicapai kereta hasil gabungan enjin V8 dan sistem elektrik ini ialah 644 hp/800 Nm.

Ini bukanlah satu-satunya versi XM yang ada, BMW turut mengumumkan bahawa versi lebih berkuasa, Label Red, bakal ditawarkan dengan kuasa lebih tinggi iaitu 735 hp/1,000 Nm. Ini menjadikan XM sebagai kereta pengeluaran yang paling berkuasa pernah dihasilkan BMW.
PENGECASAN
Sistem M Hybrid yang digunakan membolehkan SUV ini dicas dengan pengecas Type 2 AC sehingga 7.4 kW dari 0 ke 100% dalam masa hanya 4.25 jam.
CIRI MENARIK

Untuk memberikan kepuasan kepada pemandu semasa menggunakan kereta, BMW telah bekerjasama dengan komposer filem, Hans Zimmerman, bagi menghasilkan bunyi seperti enjin yang akan dikeluarkan melalui sistem audio semasa minyak ditekan, dalam mod elektrik atau hibrid.
BMW XM DI MALAYSIA
Bagi yang berminat dengan SUV prestasi versi hibrid plug-in ini, anda boleh mengisi borang "keep me informed" yang dipaparkan dalam laman web BMW Malaysia.

Model ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM740k dan versi lebih berkuasa, Label Red pula daripada RM855k.
Sumber: BMW Malaysia
Baca: Imej Paten BMW XM 2023 Didedahkan
Baca: PERODUA Mulakan Kajian Ativa Hybrid, Tetapi Hanya Terhad Kepada 300 Pelanggan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.
17-05-2022
BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas
BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.
28-03-2022
BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...
Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.
25-03-2022
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



