ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

DBX707, SUV Paling Laju Di Dunia, 707PS@900Nm

Suhana Veru

Kongsi melalui


Percaya atau tidak, jentera serba baharu ini,  Aston Martin DBX707 yang baru sahaja dilancarkan sebentar tadi dikatakan salah satu kenderaan utiliti sukan yang paling laju di dunia.

Apa tidaknya, jentera ini yang dipadankan dengan enjin 4.0-liter twin-turbo V8 keluaran Mercedes-AMG dimana ia mampu menghamburkan kuasa 707PS@900Nm.

Ini menjadikan DBX707 berjaya mengatasi kelajuan Lamborghini Urus (650 PS) dan Bentley Bentayga Speed (635 PS).


Apapun,  kuasa hamburan DBX707 agak tinggi berbanding DBX sekali gus membolehkan Aston Martin mengurangkan masa pecutan 0-100 km/j dari 4.5 saat kepada hanya 3.3 saat.

Selain kuasa dan tork yang agak tinggi, ia dipadankan dengan transmisi automatik klac basah sembilan kelajuan baharu yang dikatakan lebih cepat dan responsif.


Menyentuh mengenai kelajuan maksimumnya, ia juga dikatakan meningkat dari 291 kilometer sejam (km/j) kepada 310 km/j. 

Maka tidak hairanlah, mengapa ia diiktiraf sebagai SUV mewah yang paling laju dan berkuasa di dunia.

Prestasi 

Berbalik kepada prestasinya, dikhabarkan Aston Martin telah menala kesemua sistem suspensi udara.

Bukan itu sahaja, Aston Martin turut menala semua sistem suspensi udara untuk memperbaiki kawalan badan dan tindak balas sterengnya.



Selain itu, jentera ini juga dilengkapi sistem Dynamic Drive, di mana ciri Race Start kini boleh diakses menerusi mod GT Sport dan Sport+ bagi memaksimumkan prestasi pecutannya.

Bukan itu sahaja, apa yang anda perlu tahu ialah DBX707 ini mampu berhenti dengan begitu pantas memandangkan ia menggunakan cakera karbon seramik berukuran 420 mm di depan dan 390 mm di belakang, serta angkup enam piston. 

Sistem ini bukan sahaja lebih kuat dan responsif, malah 40.5 kg lebih ringan berbanding brek yang digunakan oleh DBX.

Mengenai ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi:

• Brek Parkir Elektronik (EPB)

• Brek Pegun Automatik

• Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

• Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)

• Kawalan Cengkaman (TC)

• Bantuan Brek Kecemasan (EBA)

• Bantuan Mula Daki( HSA)

• Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

• Pengehad Kelajuan

• Amaran Rempuhan Depan (FCW)

• Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki

• Amaran Keluar Lorong

• Amaran Tukar Lorong (LDW)

• Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)

• Pengesanan Tanda Trafik

• Amaran Titik Buta (BSW)

• Amaran Buka Pintu

• Panggilan Kecemasan

• Beg udara

• Isofix

Di sebalik semua ciri ini, mungkin anda tertanya-tanya mengenai harga jentera mewah ini?

Untuk makluman anda, DBX707  dikustomkan dengan spesifikasi khas untuk pasaran Malaysia. Bagi unit pelancaran ini, ia ditawarkan pada harga RM1. 5 juta (tidak termasuk duti dan cukai).

Sebaliknya, harga asasnya ialah RM1.098 juta, tidak termasuk duti, cukai dan opsyen kustom.




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.