- Berita
- Berita Auto
- JPJ Keluarkan 2,319 Saman Atas Kesalahan Penggunaan Lampu Strobe, Beacon, Masih Ramai Berani
JPJ Keluarkan 2,319 Saman Atas Kesalahan Penggunaan Lampu Strobe, Beacon, Masih Ramai Berani
-full.jpg)
Penggunaan lampu mata arah (beacon light) dan lampu strob yang digunakan oleh kereta biasa sebenarnya boleh mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.
Biarpun dilarang dan pemasangan lampu berkenaan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, namun masih ramai pemilik kenderaan berdegil memasangnya.

Contoh lampu strobe dan beacon.
Terbaharu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 2,319 saman terhadap 1,223 kenderaan persendirian.

ZAILANI.
Saman itu dikeluarkan bermula dari Januari hingga Oktober 2022 ke atas kenderaan yang menggunakan lampu mata arah (beacon light) dan lampu strobe tanpa kebenaran.
“Sebarang pemasangan lampu seperti beacon dan strobe pada kenderaan tanpa kebenaran JPJ adalah tidak dibenarkan kerana pancaran cahaya dan tatacara penggunaanya boleh mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.
“Ini kerana ia merupakan kesalahan di bawah Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.170/59 dan boleh diambil tindakan tegas di bawah Akta 333 JPJ,” katanya dalam satu kenyataan.


Kenyataan media yang dimuat naik ke Facebook rasmi JPJ.
Untuk info, lampu amaran khas ini dipasang untuk menarik perhatian pengguna jalan raya dengan memaklumkan mengenai kehadiran kenderaan tersebut semata-mata untuk mendapatkan hak untuk menyuraikan kenderaan di atas jalan raya.
Tambah kenyataan itu, hanya kenderaan jabatan atau agensi yang diwartakan di bawah Akta 333 yang terlibat secara langsung dengan tugas-tugas kecemasan dan penguatkuasaan sahaj dibenarkan menggunakan lampu terbabit.
Ini bermakna, hanya kenderaan seperti ambulans, bomba, kastam, polis, Jabatan Penjara dan JPJ dibenarkan menggunakan lampu itu untuk mendapat hak laluan lain di jalan raya dengan cara membunyikan siren dan hon dua nada dengan syarat pemandu kenderaan berkenaan tidak memandu secara berbahaya, cuai dan tidak bertimbang rasa, seperti mana diperuntukan di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Bagi yang masih terlepas daripada dikenakan tindakan, anda dinasihatkan untuk menanggalkan lampu tersebut dengan serta-merta.
Ini kerana jika disabit kesalahan, anda boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Pilihan di tangan anda!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7965
SELANGOR
BSU9404
JOHOR
JH1971J
PULAU PINANG
PSH3149
PERAK
APM8064
PAHANG
CFJ3724
KEDAH
KGJ7546
NEGERI SEMBILAN
NEM5471
KOTA KINABALU
SJV1147
KUCHING
QAB9703P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



