ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gentari-EVC Pengecas EV Pertama Terima Lesen Pengagihan Awam, Caj Ikut Jumlah Kilowatt Bukan Masa

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad semalam telah melancarkan Stesen Pengecas EV Gentari di Bangi Golf Resort dan juga penyerahan Lesen Pengagihan Awam Sistem Pengecas EV oleh Suruhanjaya Tenaga kepada Syarikat EV Connection Sdn. Bhd.


Jelas Nik Nazmi, Perdana Menteri komited untuk menggiatkan semula ekonomi negara selain meningkatkan kualiti hidup rakyat, sementara Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim akan memberi tumpuan kepada penerokaan bidang atau sumber ekonomi baharu seperti tenaga boleh baharu atau pembangunan rantaian ekonomi hijau. 




Ini juga selari dengan usaha untuk mengurangkan jejak karbon negara dengan langkah peralihan tenaga dengan tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif 3D iaitu Digitalisation, Decentralisation dan Decarbonisation. Usaha peralihan tenaga ini penting memandangkan sektor ini menyumbang kepada kira-kira 80% daripada jumlah keseluruhan emisi gas rumah kaca negara. 


Nik Nazmi turut menjelaskan bahawa usaha peralihan tenaga ini memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak lebih-lebih lagi sektor swasta. Oleh itu, usaha sama antara Syarikat EV Connection Sdn. Berhad dan Syarikat Gentari Sdn. Bhd. untuk membangunkan infrastruktur pengecas EV perlu diperluas bagi mempercepatkan usaha peralihan ke arah EV di Malaysia. 




Tambahnya lagi, usaha untuk membangunkan pengecas EV di negara ini perlulah berdasarkan piawaian teknikal dan keselamatan yang ditetapkan, Suruhanjaya Tenaga akan menjalankan pemeriksaan berdasarkan Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447). Suruhanjaya Tenaga juga telah menerbitkan “Guide on Electric Vehicle Charging System (EVCS)” sebagai dokumen rujukan kepada semua pihak yang berkepentingan.


Nik Nazmi menegaskan agar kesemua pihak yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur pengecas EV supaya mematuhi panduan yang telah dikeluarkan demi keselamatan awam. Antara yang perlu dilakukan ialah untuk mendapatkan lesen pengagihan awam daripada Suruhanjaya Tenaga sebagai mana yang telah dilakukan oleh Syarikat Gentari Sdn. Bhd. serta EV Connection Sdn. Bhd.




Sementara itu, Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari Sdn Bhd,  Shah Yang Razalli berkata, “Di Malaysia, infrastruktur pengecasan pantas awam Gentari-EVC ialah satu-satunya perkhidmatan yang menawarkan mekanisme harga setara kilowatt-jam (kWh). Dengan mekanisme ini, pengguna hanya akan dikenakan bayaran bergantung kepada ‘jumlah kilowatt’ yang digunakan berbanding sistem sedia ada di tempat lain iaitu pembayaran berdasarkan tempoh masa yang diperlukan untuk mengecas kenderaan elektrik."


Tambahnya lagi stesen pengecas EV yang terletak di  X Park Sunway Serene dan Bangi Golf Resort adalah hab pengecasan pertama di Malaysia yang menerima lesen daripada Suruhanjaya Tenaga. 


Kadar pengecasan Gentari kilowatt-hour (kWj) untuk pengecas AC ditetapkan pada RM0.55 per/kW manakala pengecas DC pula berharga RM1 per/kW untuk pengecas 120kW dan RM1.20 per/kW untuk pengecas 350kW.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-12-2023
Berita Auto
EV

30-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .

27-11-2026
Berita Auto
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto
Harga Minyak Mingguan

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto
JETOUR Malaysia Pasang Lebih  10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.