Lesen Rosak Kerana Banjir? JPJ Terengganu Tawar Ganti Secara PERCUMA

Banjir di Terengganu (Foto: Kosmo)
Dunia sudah semakin tua, semakin lama semakin banyak bencana alam yang melanda dan semakin ramai yang terpaksa menempuh kesusahan dan kerugian besar. Walaupun kita telah diingatkan bahawa banjir akan berlaku di banyak kawasan pada penghujung tahun ini, tetapi bukannya mudah untuk semua orang membuat persediaan yang sepatutnya.
Memahami situasi orang ramai, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengumumkan bahawa pihaknya menyediakan perkhidmatan penggantian dan pembaharuan dokumen secara percuma kepada mangsa banjir di negeri Terengganu.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, penggantian percuma yang ditawarkan ini adalah untuk lesen memandu Malaysia (LMM), lesen kenderaan motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) yang rosak, hilang ataupun musnah kerana banjir.
"JPJ sentiasa mengambil peranan dengan membantu mangsa yang terjejas banjir menerusi program penggantian dan pembaharuan lesen memandu, lesen kenderaan motor dan sijil pemilikan kenderaan secara percuma.
Baca: JPJ KL Lelong Nissan Fairlady 350Z Pada RM35.6K!
"Prosedur yang dikenakan tidak sukar, dokumen yang mengalami kerosakan dan hilang, pemilik perlu hadir sendiri dengan mengemukakan dokumen asal yang rosak di mana-mana kaunter JPJ di negeri ini.

JPJ Terengganu tawar penggantian lesen secara percuma kepada mangsa banjir
"Bagi dokumen yang hilang ataupun musnah akibat banjir, pemilik perlu mengemukakan salinan laporan polis atau salinan borang pendaftaran mangsa bencana yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ataupun pejabat daerah.
Baca: Jangan Terperdaya Dengan Lesen Terbang - JPJ
"Pada masa sama kita juga akan berkolaboratif dengan pihak JKM bagi memudahkan lagi urusan mangsa banjir jika mereka tidak mengemukakan salinan dokumen yang diperlukan.

Banjir di Terenganu (Foto: FMT)
"Tiada tempoh tertentu diberikan kepada mangsa banjir untuk berbuat demikian, namun saya nasihatkan mereka perlu mohon seberapa segera sebaik sahaja keluar daripada Pusat Pemindahan Sementara (PPS)," katanya.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Jangan Terperdaya Dengan Lesen Terbang - JPJ
Baca: JPJ KL Lelong Nissan Fairlady 350Z Pada RM35.6K!
Baca: JPJ Keluarkan 2,319 Saman Atas Kesalahan Penggunaan Lampu Strobe, Beacon, Masih Ramai Berani
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


