ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW M2 2023 Kini Mendarat Di Malaysia – 454HP, Pakej Pro Ditawarkan, Harga Dari RM598K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



BMW Malaysia telah melancarkan BMW M2 generasi kedua serba baharu secara rasmi. Pra-tempahan kini boleh dibuat secara dalam talian. Dua varian M2 yang ditawarkan iaitu versi standard dan Pro Package dengan harga bermula daripada  RM598,800. 




Diperkenalkan buat pertama kalinya semasa ulang tahun BMW M yang ke-50 pada Oktober 2022, M2 generasi terbaharu ini dikuasakan oleh enjin M TwinPower Turbo enam sebaris 3.0L yang memberi output 454 hp/550 Nm. M2 Malaysia walau bagaimanapun tidak menggunakan transmisi manual 6-kelajuan seperti yang digunakan di luar negara tetapi sebaliknya transmisi automatik Steptronic Sport 8-kelajuan. 


Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui  Active M Differential yang dapat menggerakkan M2 daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 4.1 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. Masih tidak cukup laju? Pakej M Driver membolehkan anda memecut kereta sehingga mencapai kelajuan tertinggi 285 km/j!




M2 kali ini turut didatangkan dengan pelbagai lagi elemen prestasi M yang lain seperti sistem suspensi M adaptif, pendakap khas M, angkup brek M 6-piston dalam kemasan biru. Kesemua bahagian ini berfungsi bersama-sama dengan sistem kawalan kestabilan dinamik (DSC) dan sistem kawalan cengkaman M, kesemua sistem ini dikawal melalui M Drive Professional  yang memberikan pemandu akses kepada pelbagai mod pemanduan. 




REKA BENTUK BMW M2 2023


Dari segi dimensi, M2 berukuran  4,580 mm panjang, 1,887 mm lebar – kira-kira 119 mm lebih panjang dan 16 mm lebih lebar berbanding model sebelumnya. Fascia hadapan didominasi oleh gril dalam reka bentuk ‘buah pinggang’ signatur BMW yang tampil lebih besar. Gril ini diapit oleh lampu depan LED adaptif yang lebih bulat dan kompak. 




Bergerak ke bahagian belakang, M2 dipasangkan dengan ekzos quad, bampar baharu serta lingkungan roda yang lebih besar untuk memberikan visual kereta yang lebih ‘berotot’ dan lebar. 




M2 versi standard menggunakan rim aloi ringan M dalam kemasan dua tona 930 Bicolour, bersaiz 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang. 


M2 Pro Package turut ditawarkan kepada mereka ingin tampil lebih bergaya (dan ‘layan’ prestasi lebih hebat) yang mana kereta akan dipasangkan dengan M Compound Brake berprestasi tinggi (angkup merah berkilat). Selain itu, dengan pakej ini M2 akan menggunakan M Carbon Roof dan kemasan M Lights Shadowline untuk beberapa bahagian luaran kereta. Rim yang diberikan melalui pakej ini ialah aloi ringan M jejari dua 19 dan 20 inci dalam rona hitam 930 M. 


KABIN BMW M2 2023




Bergerak ke bahagian dalam, M2 dimuatkan dengan BMW Live Cockpit Professional yang meliputi kluster paparan berlengkung BMW yang terdiri daripada instrumen digital 12.3 inci dan infotainmen 14.9 inci. Semuanya hadir dengan paparan khas M dan menggunakan sistem BMW M iDrive terkini. 




Sistem infotainmen ini dikuasakan oleh BMW OS8 yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri ketersambungan lain ialah Intelligent Emergency Call, Teleservices, ConnectedDrive Services dan sebagainya. 




Kesemua pemandu dan penumpang menggunakan tempat duduk M Sport. Ciri standard M lain ialah stereng (dengan pedal penukar gear) dalam balutan kulit sporty M, perehat kepala M Anthracite, kemasan dalaman Aluminium Rhombicle Anthracite M dan butang mod M pada konsol tengah. 




Bagi varian Pro Package, M2 dilengkapkan dengan ciri tambahan lain seperti tali pinggang khas M, kemasan gentian karbon M, dan sistem audio Harman Kardon. 


CIRI KESELAMATAN BMW M2 2023


M2 dihadirkan dengan pelbagai sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) termasuk kawalan jelajah adaptif, amaran keluar lorong, amaran tukar lorong, amaran pelanggaran hadapan dengan intervensi brek, amaran lintasan trafik belakang, bantuan parkir dan sebagainya. 


WARNA BMW M2 2023


M2 ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Zandvoort Blue, Alpine White, Brooklyn Grey, Black Sapphire dan Toronto Red. Pelanggan boleh memilih tiga kemasan berbeza untuk upholsteri kabin yang terdiri daripada balutan kulit Vernasca hitam dengan highlight eksklusif, balutan kulit Vernasca hitam dengan jahitan berwarna kontra biru dan balutan kulit Vernasca Cognac dengan jahitan decor. 




HARGA BMW M2 2023


BMW M2 2023 ditawarkan pada harga yang bermula dari RM598,800 (standard), sementara model Pro Package berharga RM642,800. Pembelian adalah termasuk jaminan lanjutan selama 5 tahun dan pakej servis. Pra-tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang BMW Malaysia.





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3970

SELANGOR

BSU4696

JOHOR

JF9061J

PULAU PINANG

PSG5048

PERAK

APM3295

PAHANG

CFJ1491

KEDAH

KGJ4933

NEGERI SEMBILAN

NEM3173

KOTA KINABALU

SJU5950

KUCHING

QAB7659P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Berita Auto
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
Kereta Baru
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.

21-01-2026
Kereta Baru
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.