- Berita
- Berita Auto
- “Gagal Tunjuk Cukai Jalan Digital Kena Saman?” 6 Persoalan Cukai Jalan Digital Ini Terjawab
“Gagal Tunjuk Cukai Jalan Digital Kena Saman?” 6 Persoalan Cukai Jalan Digital Ini Terjawab

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook semalam telah mengumumkan bahawa bermula 10 Februari, orang ramai tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan pada cermin hadapan kereta kerana segala maklumat tersebut kini boleh dimasukkan dan diakses menggunakan aplikasi MyJPJ.
Sesuatu yang baharu sebegini pastinya membangkitkan pelbagai persoalan. Beberapa persoalan tersebut telah dijawab Anthony Loke dalam satu perkongsian yang dibuat di Facebook.
6 PERSOALAN MENGENAI PENGGUNAAN APLIKASI MYJPJ UNTUK CUKAI JALAN & LESEN
1) Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?
Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.
2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?
Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.
3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.
4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?
Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?
Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan...pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.
6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?
Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.

Tambah Anthony, beliau akan cuba menjawab persoalan lain yang timbul dengan sebaik mungkin.
Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA6489
SELANGOR
BSV3240
JOHOR
JH8516J
PULAU PINANG
PSH5793
PERAK
APN2496
PAHANG
CFJ4759
KEDAH
KGJ9390
NEGERI SEMBILAN
NEM6737
KOTA KINABALU
SJV3129
KUCHING
QAB867Q
Terakhir Kemas Kini 24 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
27,734 Kompaun Dibatalkan! Ini Nasib Sebenar Sistem Kamera ANPR di Pulau Pinang
Sistem ANPR tidak menjadi di Pulau Pinang.
24-11-2026
MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai
PEKEMA merancang untuk meneroka pasaran eksport kenderaan terpakai ke Bangladesh dan Pakistan.
23-11-2026
Ramalan Banjir Kelantan: Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah Antara Risiko Banjir
Empat daerah antara berisiko banjir sepanjang minggu ini.
23-11-2026
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh
Zeekr Lounge Dibuka Di PJ: Cas EV 480kW Hanya RM1.20/kWh.
23-11-2026
Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion
: Kerajaan memerlukan kira-kira RM400 bilion sekiranya mahu mengambil alih semua lebuh raya bertol di negara ini .
23-11-2026
10 Unit Pertama GWM ORA 5 Hi2 HEV Diserah, GWM Rawang Dibuka
GWM ORA 5 Hi2 HEV Mula Diserah, Jarak 1,100 km RM106.8k.
23-11-2026
Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh
Penutupan itu membabitkan Seksyen 84.15 dan hanya lorong dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands.
22-11-2026
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



