ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Permintaan Semakin Meningkat, PROTON Buka Lagi Pusat Alat Ganti Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bagi  memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Malaysia Timur, pengeluar kereta nasional PROTON akhirnya telah membuka secara rasmi  Pusat Alat Ganti Serantaunya di Kuching, Sarawak.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah mengakui permintaan pelanggan dilihat semakin meningkat sejak empat tahun lalu.

Dengan adanya, kemudahan gudang PROTON di Malaysia Timur, beliau mengakui, ia sebenarnya tidak mampu menampung komponen alat ganti gara-gara saiznya yang agak kecil.


“Sebaliknya, pusat baharu ini adalah tiga kali lebih besar daripada gudang sebelumnya. Ia  akan berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti untuk bahagian dan komponen selepas jualan untuk Sarawak serta Sabah jika perlu,” katanya dalam satu kenyataan. 

Apa yang cukup menarik ialah fasiliti itu mampu mengurangkan masa penghantaran alat ganti sekurang-kurangnya 30%.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, ruang tambahan yang sedia ada, membantu pihaknya untuk meningkatkan penghantaran sebanyak 50% daripada 3,000 tempahan sebulan kepada 4,500 tempahan sebulan.

Ia mampu menampung  kapasiti maksimum sebanyak 6,000 tempahan sebulan sekiranya diperlukan sekali gus membolehkan kami mencapai lebih banyak pengeluaran alat ganti,” tambahnya.


Buat masa ini, pihak PROTON dikatakan sedang menyelesaikan tempahan yang tertunggak daripada pengedar dan pelanggan.

Sekadar info, pusat alat ganti itu terletak di kawasan Perindustrian Bintawa dengan keluasan 28,000 kaki persegi. 

Ia boleh menerima enam kontena berisi alat ganti secara serentak dan kini sedang memproses 17 buah kontena sebulan yang menggunakan keupayaan sepenuhnya untuk menyimpan stok sehingga tiga bulan.

Selain itu, ia juga mampu menerima penghantaran terus dari luar negara.

Dalam perkembangan lain, Roslan berkata, jualan kenderaan Proton di Malaysia Timur menyumbang sebanyak 15% kepada jumlah jualan syarikat pada tahun lepas.

Bagi  bahagian pasaran, ia telah berkembang daripada 10% pada tahun 2018 kepada 20% pada tahun 2022. 


“Ini merupakan satu peningkatan secara berterusan sejak tahun 2019 selepas memperkenalkan Proton X70.

Populariti model siri X baharu bukanlah satu-satunya pemacu pertumbuhan syarikat, Proton Saga yang kekal sebagai model paling popular juga merupakan puncanya,” ujarnya.

Pada tahun lepas, tiga model Proton yang menduduki tangga teratas dalam jadual jualan di Malaysia Timur ialah Proton Saga dengan 10,242 unit diikuti Proton X50 dengan 4,181 unit dan Proton Persona dengan 2,605 unit.

“Proton telah menjual 7,697 unit di Malaysia Timur pada 2018 tetapi angka itu meningkat tahun lepas apabila sebanyak 19,844 unit telah dijual.

“Ia bersamaan dengan pertumbuhan jualan sebanyak 158%. Kami menyasarkan untuk mencapai angka yang lebih besar tahun ini dengan peningkatan berterusan dalam perkhidmatan selepas jualan serta pelancaran beberapa model baharu” jelasnya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA492

SELANGOR

BSV2209

JOHOR

JH6081J

PULAU PINANG

PSH4796

PERAK

APN1409

PAHANG

CFJ4398

KEDAH

KGJ8734

NEGERI SEMBILAN

NEM6314

KOTA KINABALU

SJV2494

KUCHING

QAB493Q

Terakhir Kemas Kini 19 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-04-2026
Pandu Uji

09-01-2026
Kereta Baru

08-01-2026
Berita Auto

06-01-2026
Berita Auto

05-06-2025
Berita Auto
Berita Auto
Teknologi

16-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?

Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?

Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026

18-11-2026
Berita Auto
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang

Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.

18-11-2026
Berita Auto
Lebuhraya LIKE:  Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina

Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina

Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.

18-11-2026
Berita Auto
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat  China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery

Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery

Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.

18-11-2026
Berita Auto
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai

Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai

Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.

18-11-2026
Berita Auto
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"

Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"

Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar

18-11-2026
Berita Auto
Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang

Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang

Maut ketika cuba elak lubang pembentung di Klang.

18-11-2026
Berita Auto
Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara

Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara

BYD Sime Motors Perkukuh Kehadiran di Utara Malaysia dengan Pembukaan Pusat 3S Baharu di Ipoh.

18-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.