- Berita
- Berita Auto
- Kempen Servis Rahmah Hanya Terbuka Untuk Model Terpilih, Maknanya Yang Pakai Model X Proton, Anda Tidak Layak..
Kempen Servis Rahmah Hanya Terbuka Untuk Model Terpilih, Maknanya Yang Pakai Model X Proton, Anda Tidak Layak..

Bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah, PROTON melancarkan Kempen Servis Rahmah kepada para pelanggannya yang menggunakan beberapa model terpilih.
Kempen yang sudah bermula hari ini memberi peluang kepada pemilik kereta Proton untuk menikmati pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma manakala pakej servis hanya berharga RM150.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, menerusi Kempen Servis Rahmah, pemilik Proton dapat memeriksa kereta mereka secara percuma dan membeli pakej harga mampu milik.

“Saya berbesar hati kerana PROTON menyokong inisiatif kerajaan dan saya berharap jenama lain turu mengikut jejak langkah PROTON bagi membantu mengurangkan kos sara hidup pelanggan.” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Servis Rahmah Proton di Putrajaya, sebentar tadi.
Berikutan kejayaan pelaksanaan Menu Rahmah, kerajaan sedang berusaha untuk mengembangkan ke sektor lain.
Sementara itu, Timbalan ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk menawarkan servis Rahmah kerana mahu menawarkan nilai tambahan kepada pelanggannya.

“Jadi mulai hari ini hingga 31 Mei depan, para pelanggan boleh menikmati pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan menikmati pakej perkhidmatan yang bernilai RM150,” katanya.
Tambah beliau, kempen itu juga adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat.
“Kami berharap menerusi kempen ini, pemilik digalakkan servis kereta mereka di pusat servis yang bertauliah sebelum memulakan perjalanan balik kampung,” ujarnya.


Difahamkan, kempen ini disasarkan kepada pemilik kereta Proton Persona, iriz, Exora, Saga dan Proton Inspira, Waja dan Wira.


Ini bermakna bagi yang memiliki model X, anda tidak layak menikmati Pakej Servis Rahmah ini.
Apa pula pandangan anda mengenai Kempen Servis Rahmah?
Kongsikan pendapat di bawah ruangan ini!
.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



