ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

ChargeSini Tarik Pelabur Dalam & Luar Negara, Raih Lebih RM5 Juta!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ChargeSini di Malaysia Autoshow 2023 baru-baru ini


Syarikat penyedia penyelesaian pengecasan EV tempatan, ChargeSini, dijangka akan terus berkembang pada tahun 2023 selepas berjaya mengumpulkan lebih daripada RM5 juta dalam kempen pengumpulan dana yang diadakan awal bulan ini.


Dalam usaha untuk mengumpulkan dana tersebut, ChargeSini telah menggunakan platform pendanaan awam dalam talian, pitchIN, dan berjaya menarik minat lebih daripada 62 pelabur dari dalam dan luar negara dengan penilaian semasa bernilai sekitar RM50 juta.


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini, James Goh (kanan), menunjukkan pengecas DC Hyper140 


Usaha pengumpulan dana ini telah membantu ChargeSini memperluaskan jaringan stesen pengecasan EV-nya di seluruh negara, dengan sasaran untuk menyediakan sekurang-kurangnya 500 atau lebih stesen cas menjelang akhir tahun ini. 


Sejak syarikat dilancarkan pada Julai 2022, ChargeSini telah mencatatkan peningkatan pertumbuhan stesen pengecasnya sebanyak 405% antara Oktober 2022 hingga April 2023.




Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini, James Goh, berkata, dengan meningkatnya permintaan kenderaan elektrik di Malaysia, syarikatnya memainkan peranan penting dalam transformasi pasaran e-mobiliti yang signifikan ini. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelabur sedia ada dan baru yang telah memberikan kepercayaan kepada ChargeSini dalam menerajui masa depan e-mobiliti dan alam sekitar yang lebih hijau.



Salah satu daripada stesen pengecas terbaharu dalam rangkaian ChargeSini ialah stesen pengecas AC dan DC yang terletak di pusat membeli-belah MyTown KL


Kini, ChargeSini telah menyediakan sebanyak 28 stesen pengecas EV yang boleh diakses oleh orang awam, termasuk stesen cas AC dan DC di MyTown KL dan pengecas DC di Lembah Klang.



Pengecas AC ChargeSini di Terminal 1, Seremban (kiri) dan di Raytech Seri Kembangan, Selangor (kanan)


ChargeSini juga telah memasang stesen cas di beberapa lokasi lain seperti Megaview Hotel di Kuantan, Pahang; Terminal 1 di Seremban, Negeri Sembilan; dan Oriental Straits Medical Centre di Melaka City, Melaka.


Selain memperluaskan jaringan stesen pengecasannya, ChargeSini juga merancang untuk memperkembangkan perniagaannya dengan menawarkan White Labelling menggunakan perisian proprieterinya. Diharapkan, dengan langkah ini, syarikat dapat terus memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan e-mobiliti di Malaysia.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB5384

SELANGOR

BSV4533

JOHOR

JJ4782J

PULAU PINANG

PSH7401

PERAK

APN3926

PAHANG

CFJ5247

KEDAH

KGK1077

NEGERI SEMBILAN

NEM7552

KOTA KINABALU

SJV4454

KUCHING

QAB1627Q

Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

16-10-2026
Berita Auto

26-05-2026
EV

23-04-2026
EV

12-04-2026

Berita Terkini

EV
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol

Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol

Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.

26-11-2026
EV
We Never Anti EV - Menteri MITI

We Never Anti EV - Menteri MITI

Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.

26-11-2026
EV
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.

20-11-2026
EV
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.

19-11-2026
EV
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.

19-11-2026
EV
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?

17-11-2026
EV
BYD Flash Charging Bakal Dilancar

BYD Flash Charging Bakal Dilancar

Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.

13-11-2026
EV
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.