Harga Rasmi Motor Elektrik BMW CE 04 Diumumkan – Dari RM59K

Harga bagi skuter Mobiliti Urban elektrik, BMW CE 04 terbaharu telah diumumkan secara rasmi oleh BMW Motorrad Malaysia. Model ini dijual pada harga bermula dari RM59,500, atas jalan, tanpa insurans.
BMW CE 04 memiliki kemampuan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 9.1 saat dan boleh mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j. Empat mod tunggangan ditawarkan mengikut kesesuaian penggunaan iaitu ECO, Rain, Road dan Dynamic.


Menurut BMW Motorrad Malaysia, motosikal elektrik ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 130 km. Pengecasan boleh dilakukan menggunakan soket dinding standard berkuasa 2.3kW dalam masa 4 jam 20 minit untuk dicas penuh dari 0%. Sementara itu, menggunakan pengecas pantas 6.9 kW pula hanya 1 jam 40 minit.




Baca: Skuter Elektrik BMW CE 04 Dipertontonkan Di M’sia, Capai 130KM! Ini Spesifikasinya...
Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, “BMW Group Malaysia terus mengorak langkah dalam gagasan visi elektrifikasinya bagi Malaysia. Kami telah menerajui usaha mobiliti elektrik dengan melebarkan portfolio kenderaan elektrik dan juga rangkaian fasiliti pengecasan kami – membolehkan mobiliti lestari dilakukan untuk perjalanan jarak jauh.”

BMW CE 04 ditawarkan pada harga bermula dari RM59,500, atas jalan, tanpa insurans.
Bagi yang ingin melihat model ini dengan lebih dekat, anda boleh mengunjungi Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung selama empat hari, bermula esok, 4 Mei hingga 7 Mei, 2023. BMW CE 04 tersedia untuk tatapan umum di Dewan A1 dan Dewan D di Malaysia Autoshow 2023.
Baca: Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran
Untuk maklumat lanjut mengenai BMW CE 04 baharu, sila layari laman web rasmi BMW Motorrad Malaysia di sini.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8449
SELANGOR
BSU9450
JOHOR
JH2148J
PULAU PINANG
PSH3253
PERAK
APM8257
PAHANG
CFJ3750
KEDAH
KGJ7617
NEGERI SEMBILAN
NEM5487
KOTA KINABALU
SJV1193
KUCHING
QAB9740P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



