Harga Renault Zoe, Tak Mahal Sangat Pun!

Pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC) secara rasminya melancarkan kereta elektrik sepenuhnya, EV Renault Zoe semalam.
Renault Zoe baharu didatangkan dalam dua varian dimana harga rasmi untuk varian asas Zoe R110 ialah RM165,000 di atas jalan tidak termasuk insurans.
Bagi Zoe R135 dengan spesifikasi lebih tinggi pula berharga RM179,000 di atas jalan tanpa insurans.
Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars, Wong Hoe Mun berkata, pelancaran EV itu membuktikan Renault Zoe telah mengukuhkan posisinya sebagai antara perintis dalam segmen kereta elektrik urban di dunia.
“Dengan rekaan tersendiri yang segar, bahagian dalaman lebih moden dan dilengkapi pelbagai teknologi, Zoe baharu menjanjikan keseronokan memandu jentera 100 peratus elektrik di bandar ke satu dimensi baharu,”katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas lanjut mengenai lokasi pengecasan, beliau berkata, terdapat satu bilik pameran Renault di Petaling Jaya, yang mana para pelanggan boleh mengakses dengan mudah terhadap pengecas AC.

“Dengan keupayaan mengecas AC 22 kW yang terbaik dalam kelasnya, terdapat lebih 110 pusat pengecasan 22 kW AC di seluruh Semenanjung Malaysia,” tambahnya.
Jadi, bagi mereka yang berminat untuk melanggan Zoe baharu boleh mendapatkan Fixed Plan menerusiplatform Renault Subscription.
Ada tiga pelan yang ditawarkan iaitu setahun, dua tahun dan tiga tahun dengan kadar bermula RM2,799 sebulan untuk Zoe R110 dan RM2,999 sebulan bagi Zoe R135.


Untuk makluman anda, EV ini menampilkan bateri Z.E. 50 generasi seterusnya yang sama dengan model terdahulu, tetapi mempunyai kapasiti tenaga lebih tinggi iaitu 52 kWh.
Hasilnya, ia mampu menawarkan lebih kuasa dengan peningkatan lebih 20 peratus berdasarkan kepada piawaian WLTP – 395 km untuk Zoe R110 dan 386 km bagi Zoe R135 yang lebih berkuasa.
Kedua-dua varian itu menggunakan kotak gear satu kelajuan untuk menggerakkan roda hadapan, tetapi dengan konfigurasi motor yang berbeza.’
Zoe R110 dilengkapi motor berkuasa 80 kW yang menawarkan kuasa 110 PS dan tork 225 Nm.
Angka itu membolehkannya ia memecut dari 0-100km/j hanya dalam masa 11.4 saat dengan pecutan maksimum 135 km/j.
Zoe R135 pula menerima motor 10 0kW yang berupaya menghasilkan kuasa 135 PS dan tork 245 Nm.
Ia boleh memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 9.5 saat dengan pecutan maksimum 140 km/j.
Renault Zoe baharu menyokong pengecasan pantas sehingga 50 kW dengan sambungan CCS2 yang membolehkan pengecasan dari 10-80 peratus dalam masa 70 minit.
Sementara itu, pengecas AC Type 2 22 kW pula menawarkan 0-100 peratus dalam masa yang mendahului kelasnya iaitu hanya tiga jam.
Mod B pula berfungsi meningkatkan kecekapan brek regeneratif Zoe baharu, dengan menukar tenaga kinetik menjadi elektrik sebanyak mungkin untuk meningkatkan jarak perjalanan.
Malah mod B juga menjadi pemanduan lebih mudah, terutama di bandar atau dalam kesesakan jalan raya.
Ia meningkatkan aspek nyahpecutan sebaik sahaja pedal dilepaskan, sekali gus mengurangkan keperluan untuk menekan brek.
LUARAN:

Menyentuh mengenai dimensinya, Renault Zoe baharu kekal sama (4,087mm panjang, 1,562mm tinggi, 1,945mm lebar).
Hud hadapan telah direka semula sepenuhnya dengan penampilan yang lebih maskulin.
Kontur baharu terarah ke bahagian tengah wajah dengan holografik logo permata Renault, yang menempatkan ruang pengecasan baharu.
Bampar hadapan baharu membuatkan penampilan keseluruhan Zoe baharu nampak lebih lebar.
Ia turut dipasang dengan kemasan krom pada gril, lampu utama dan di sekeliling lampu kabus, sekali gus meningkatkan rupa bahagian bawahnya.
Corong pengambilan udara pada bahagian sisi direka khas untuk menambah baik aliran angin, seterusnya mengurangkan halangan aerodinamik demi memberikan pengendalian serta jarak yang lebih baik.
Renault Zoe baharu juga dipasang dengan lampu LED sepenuhnya yang merangkumi lampu utama Pure Vision, lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk C, lampu kabus, lampu isyarat membelok belakang dinamik dan amaran isyarat membelok pada cermin sisi.
Kedua-dua varian dilengkapi rim aloi lima jejari bersaiz 16 inci, brek cakera di depan dan belakang bersama tayar bersaiz 195/55.
KABIN
Kabin Renault Zoe baharu dimodenkan dengan panel instrumen digital untuk pemandu bersaiz 10 inci yang telah direka semula.
Paparan boleh ubah itu memaparkan sistem bantuan pemanduan utama dan semua tetapan spesifik dengan pemanduan elektrik seperti eco-meter.
Panel itu juga memaparkan indikasi GPS pada varian Zoe R135 yang hadir dengan navigasi secara offline sebagai ciri standard.
Sebagai tambahan, paparan horizon dan kesan perspektif yang pelbagai membantu pemandu agar lebih fokus ketika memandu.
Sistem infotainmen Renault Easy Link boleh diakses menerusi paparan media skrin sentuh berukuran 9.3 inci yang menyokong ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay.
Ia juga menawarkan ketersambungan Bluetooth, dua port USB dan port audio auxiliary.
Sistem audio dengan enam unit pembesar didatangkan sebagai ciri standard.
Kedua-dua varian hadir dengan cermin yang boleh ditala secara elektrik (boleh dilipat untuk Zoe R135), sensor parkir belakang, e-shifter elektronik, brek parkir automatik, lampu kabin LED sepenuhnya, kawalan suhu automatik dan panel kawalan baharu yang lebih ergonomik.
Zoe R135 ditambah dengan dua port USB di belakang, cermin pandang belakang elektrokromik, kamera undur dan sensor parkir hadapan.
Zoe baharu menampilkan inovasi penggunaan material mapan. Upholsteri fabrik baharu adalah 100 peratus kitar semula menggunakan yarn sisir kasar, pertama dalam industri automotif.
Yarn tersebut dibuat daripada tali pinggang keselamatan dan material plastik terbuang.
Ia diperoleh dan dikilang berdasarkan kepada kitaran prinsip ekonomi yang membantu mengurangkan pengeluaran CO2 sehingga lebih 60 peratus.

Zoe R110 hadir dengan upholsteri fabrik kitar semula jadi berwarna hitam.
Sementara Zoe R135 menerima tempat duduk berwarna hitam dengan kombinasi kulit dan fabrik.
Upholsteri fabrik kitar semula yang sama turut digunakan pada band horizontal di tengah papan pemuka. Keseluruhan papan pemuka itu telah direka semula, melibatkan aspek susun atur, penggunaan material baharu yang lembut dan integrasi beberapa skrin berbeza.
Kini lebih ergonomik, butang kawalan jelajah diletakkan di belakang stereng yang turut menampilkan material kitar semula PET.
Renault juga memasang Zoe baharu dengan cermin utama akustik, seterusnya mengurangkan impak bunyi bising dari luar. Sementara motor elektrik menawarkan pemanduan yang lebih senyap dan menyeronokkan.
Terdapat banyak ruang yang berguna di dalam Zoe baharu. Konsol tengah baharu kini menawarkan dua kali ganda ruang penyimpanan yang merangkumi dua tempat meletak botol minuman dan satu ruang untuk pengecasan telefon tanpa wayar.
Ruang but bagaimanapun tidak berubah iaitu 338 liter.
CIRI-CIRI KESELAMATAN CANGGIH
Infrastruktur elektrikal Renault Zoe baharu yang telah direka semua membolehkannya diintegrasikan dengan sensor-sensor baharu dan fungsi automatik untuk pelbagai sistem bantuan pemandu.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan empat beg udara (dua di depan dan dua di bahagian sisi), selain ciri amaran penukaran lorong (lane departure warning, LDW), kawalan kestabilan elektronik (electronic stability control, ESC), anti-slip regulation (ASR), ABS, bantuan brek kecemasan (emergency brake assist, EBA) dan bantuan mendaki (hill start assist, HSA).
Zoe R135 pula ditambah dengan ciri lampu tinggi adaptif (adaptive high beam, AHB), amaran titik buta (blind spot warning) dan bantuan parkir bebas tangan (hands-free park assist).
Renault Zoe R110 didatangkan dalam warna solid hitam dan putih, manakala Zoe R135 boleh didapati dalam pilihan warna hitam, biru, merah dan ungu.
Setiap Renault Zoe baharu dilengpai dengan kabel 22 kW Type 2, tidak termasuk pengecas boleh alih.
Bagi memudahkan urusan mengecas, pelanggan yang membeli atau melanggan diberi pilihan pemasangan asas pengecas wallbox VESTAL 7 kW pada harga RM6,250 atau wallbox VESTEL 22 kW dengan harga RM6,950 di rumah atau pejabat mereka. Kos termasuk kabel sepanjang 15 meter.
Penghantaran pertama Renault Zoe baharu semua sudah ditempah.
Pelanggan yang membuat tempahan untuk membeli atau melanggan model penghantaran seterusnya dijangka menerima kereta masing-masing pada Jun atau Julai 2023.
Untuk lebih mudah, pelanggan boleh membeli atau melanggan Zoe baharu menerusi Renault E- Store, yang akan memudahkan proses pembelian secara digital.
SERVIS, JAMINAN
Pelanggan boleh menyelenggara Renault Zoe mereka di enam pusat servis Renault sah di seluruh negara oleh juruteknik yang dilatih untuk menyokong model-model Renault E-Tech seperti Renault Zoe.
Kedua-dua varian hadir dengan jaminan tiga tahun/100,000 km untuk kenderaan dan rangkaian kuasa elektrik.
Bateri EV dilindungi jaminan selama lapan tahun/160,000 km dengan kapasiti minimum 70 peratus.
Zoe baharu kini sedang dipamerkan di bilik-bilik pameran Renault yang terletak di Petaling Jaya, Selangor dan Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur.
Untuk keterangan lanjut,l layari laman sesawang www.renault.com.my atau hubungi 1800-18-8663 (Isnin-Ahad, 8am-8pm, tidak termasuk cuti umum).
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY4570
SELANGOR
BSK132
JOHOR
JYK7403
PULAU PINANG
PRV5269
PERAK
APC3966
PAHANG
CFE842
KEDAH
KGC9082
NEGERI SEMBILAN
NEH5632
KOTA KINABALU
SJN5895
KUCHING
QAB4928M
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.02
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.22
+0.07
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025
Berita Berkaitan
Tempahan Renault ZOE Generasi Terbaharu Dibuka, Harga Dari RM163K
Renault Malaysia kini telah membuka tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) kompak Renault Zoe generasi baharu. Renault Zoe yang ditawarkan di negara ini menggunakan pek bateri lithium-ion 52 kWh dengan kemampuan jarak perjalanan sejauh 395 km (berdasarkan WLTP). Output maksimum kereta ialah 133 hp
27-12-2022
Berita Terkini
ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC
Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.
05-11-2025
Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat
Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.
05-11-2025
Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?
Jaecoo J5 elektrik dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.
04-11-2025
Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025
Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.
04-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
Malaysia Bakal Jadi Pengeluar Komponen Utama EV – Kilang Super Magnet RM600 Juta Di Kuantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan satu pelaburan berimpak tinggi bernilai RM600 juta untuk menubuhkan sebuah kilang pengeluaran magnet berkuasa tinggi di Kuantan, Pahang
03-11-2025
MITI Dedah 5,149 Pengecas EV Sudah Dipasang Setakat 30 Sept
Walaupun jumlah keseluruhan pengecas EV awam masih belum mencapai sasaran, jumlah bagi pengecas jenis DC telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 114 peratus.
31-10-2025
EV Kecil, GWM Ora Good Cat & Versi Sporty, GT, Terbaru Bakal Dilancarkan 6 November Ini
Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk model hatchback elektrik, GWM Ora Good Cat 2025 yang diperbaharui, berserta varian sporty, Good Cat GT.
31-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

