Kelab Kereta Singapura Berkonvoi, Halang Semua Laluan Di Jambatan Penang

Tular sebuah rakaman video yang menunjukkan sekumpulan kereta konvoi BMW dengan nombor pendaftaran Singapura memenuhi kesemua lorong jalan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua Pulau Pinang dan menghalang lalu lintas.
Video berdurasi kira-kira dua minit dan 50 saat ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama 'panglimaperang’:
Video itu memaparkan sebilangan kereta mewah BMW dipandu secara perlahan.
Timbalan Ketua Polis IPD Seberang Perai Selatan, DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, “Siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 9 Jun 2023 jam 12.30 tengahari, bermula KM3.8 dari arah Batu Kawan hingga KM9.0 arah Batu Maung. Hasil laporan yang diterima, kertas siasatan telah dibuka di bawah Kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu Kaedah 16 (1) LN 166/59 kerana melakukan halangan lalu lintas."
BMW Car Club Singapore Tampil Mohon Maaf
Kelab yang telah menganjurkan konvoi tersebut, BMW Car Club Singapore, telah membuat permohonan maaf secara terbuka:
“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf dan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak kami.
“Serta untuk meyakinkan semua tentang komitmen kami dalam memberi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.
“Kami telah bertanggungjawab sepenuhnya atas pengawasan baru-baru ini dengan memberi kerjasama rapat kepada pihak berkuasa tempatan sebaik sahaja kami mendengar berita itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat melalui Facebook rasmi kelab tersebut.
Siasatan kes ini sudah pun tamat setelah kesemua pemandu bekerjasama hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS pada 11 Jun 2023 jam 12.10 tengah malam untuk memberikan keterangan dan disaman.
“Masyarakat juga diminta supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu lintas di atas jalan raya,” ujar Mohd Norazmi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4732
SELANGOR
BSV2902
JOHOR
JH7581J
PULAU PINANG
PSH5408
PERAK
APN2093
PAHANG
CFJ4632
KEDAH
KGJ9082
NEGERI SEMBILAN
NEM6554
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB693Q
Terakhir Kemas Kini 21 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


