Yang Ditunggu-Tunggu, Akhirnya SAMPAI!!!

Akhirnya desas-desas mengenai pelancaran Toyota Innova Zenix terjawab apabila UMW Toyota Motor baru sahaja melancarkan secara rasminya Toyota Innova Zenix.
Sebelum ini, sebuah treler dirakam sedang mengangkut Toyota Innova Zenix pada bulan manakala UMW Toyota Motor mengambil sikap mendiamkan diri.
Bagi yang tidak tahun, Innova Zenix sebenarnya telah pun didedahkan secara global di Indonesia pada bulan lepas.


Difahamkan, Innova Zenix untuk pasaran Malaysia adalah unit yang diimport (CBU) dari kilang Toyota di Karawang, Indonesia.
Toyota Innova Zenix 2023 didapati dalam dua versi - Innova Zenix 2.0 V (8 tempat duduk) manakala satu lagi ialah HEV (7 tempat duduk dengan 2-2-3) dengan Toyota Hybrid Electric Pacuan kenderaan (HEV).
Seperti mana jangkaan kami, sesifikasi dalam kedua-dua varian 2.0 V dan 2.0 HEV untuk Malaysia sebenarnya mencerminkan model spesifikasi Indonesia yang pernah disebutkan sebelum ini.


Generasi terdahulu Toyota Innova ini tampil dengan binaan frem-tangga (ladder-frame) namun ia kini membawa perubahana ketara kerana menggunakan casis monokok berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) GA-C serta peralihan daripada sistem pacuan roda belakang (RWD) kepada sistem pacuan roda depan (FWD).
Bukan itu sahaja, Innova Zenix disumbat dengan suspensi topang MacPherson di depan dan torsion beam di belakang yang telah ditala.
Untuk pasaran Malaysia, Innova Zenix 2.0 V disumbat dengan enjin 2.0 liter 4 silinder aspirasi semula jadi (N/A) petrol Dynamic Force(M20A-FKS).
Versi ini dilengkapi dengan dilengkapi dengan transmisi automatik CVT 10-kelajuan. Untuk itu, ia boleh menjana kuasa setakat 172 hp dan tork 205 Nm ke roda hadapan. .
Sementara itu, varian hybrid yang hadir dengan susunan atur tempat duduk 2-2-3 pula turut didatangkan dengan kerusi kapten.


HEV ini dipasang dengan enjin hibrid 2.0 liter Dynamic Force (M20A-FXS) berkuasa 152 PS dan tork 188 Nm selain dipadankan dengan motor elektrik dan pek bateri NiMH (nickel-metal hydride) 6.5 Ah.
Secara keseluruhan, Innova Zenix 2.0 HEV mampu menghasilkan 186 PS maksimum, dibantu dengan sistem transmisi E-CVT.
Varian tertinggi ini juga dipasang dengan bumbung kaca panaromik sebagai ciri standard untuk versi hybrid.

Bagi varian 2.0 V, ia menawarkan tempat duduk di tiga barisan tetapi mampu memuatkan lapan penumpang memandangkan barisan kedua boleh memuatkan tiga penumpang dan barisan belakang juga tiga penumpang.
Ia didatangkan dengan susun atur tempat duduk 2-3-3. Namun ia tidak dipasang dengan bumbung kaca panaromik tetapi ia berkongsi banyak ciri-ciri di bahagian kabinnya.
LUARAN:
Seiring dengan peralihan daripada MPV tradisional kepada crossover dinamik, reka bentuk luaran Zenix baharu ini bertemakan ‘Premium & Tough’.
Dengan tema ini, pereka telah memberikan model siluet crossover yang cukup seimbang dengan gaya yang dinamik dan menarik.

Zenix serba baharu adalah lebih luas walaupun dimensinya tidak jauh berbeza dengan Innova CG, dengan 20 mm lebih panjang 15 mm lebih lebar dan 100 mm lebih panjang untuk jarak rodanya manakala ketinggian keseluruhannya agak serupa.


Namun penampilannya jauh berbeza dan mempunyai imej yang lebih premium.
Misalnya, bahagian gril, ia dipasangkan dengan gril radiator trapezium berbentuk heksagon manakala di bawah gril terdapat satu ruang terbuka.
Malah, grilnya juga diapit dan bersambung dengan lampu hadapan LED yang sedikit tirus.
DALAM:
Ketika penulis dijemput UMW Toyota untuk melihat Innova Zenix semalam, kabinnya cukup luas manakala beberapa bahagian jentera itu disalut dengan bahan lembut yang berkualiti tinggi terutama di bahagian papan pemuka.

Tempat duduknya mempunyai reka bentuk yang agak premium dengan upholsteri kulit hitam tiruan yang berbeza.
Sementara itu, HEV Zenix didatangkan dengan kerusi kapten di barisan kedua manakala di tengah-tengah ada ruang kecil bagi membolehkan penumpang barisan kedua melangkah ke belakang.
Untuk Zenix 2.0 V, barisan tengahnya mempunyai ruang untuk tiga orang dan ia boleh direbahkan untuk nisbah 60:40 dan ia membuatkan akses menjadi lebih mudah ke barisan ketiga dimana kerusinya pula boleh direbahkan kepada nisbah 50:50.


Seperti yang saya katakan tadi, kedua-dua varian ini berkongsi banyak ciri yang sama kerana kedua-duanya juga hadir dengan sistem kemasukan tanpa kunci, but belakang berkuasa, lampu depan, belakang jenis LED, rim aloi 18-inci, brek parkir elektronik, lampu ambien, kerusi bersalut kulit dan upholsteri.

Antara kelengkapan lain ialah kawalan pendingin hawa pelbagai zon dan barisan tempat duduk kedua dan ketiga juga dipasang dengan saluran penghawa dingin.
Kedua-dua varian itu juga berkongsi paparan penuh bersaiz 7-inci, ada skrin sentuh infotainmen tengah bersaiz 10.1 inci yang menawarkan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar yang dipasangkan dengan persediaan hi-fi serta enam pembesar suara.
Tidak ketinggalan port pengecasan USB dan soket aksesori 12 volt juga tersedia di kesemua ketiga-tiga barisan tempat duduk.
Malah, kedua-dua varian ini juga mempunyai sistem ADAS yang merangkumi suite Toyota Safety Sense (TSS) 3.0.

Apa yang cukup menarik ialah ia dikuasakan dengan penderia optik dan radar baharu yang sudah dinaik taraf.
Dengan adanya ciri ini, ia membolehkan Innova Zenix menampilkan rangkaian bantuan pemandu yang memberikan kebolehan pemanduan separa autonomi Tahap 2.
CIRI KESELAMATAN:
Dari segi ciri-ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Pertukaran Lorong (LDA), Bantuan Pengesan Lorong (LTA), Amaran Pra-Perlanggaran (PCW), Bantuan Brek Pra-Perlanggaran (PCBA), elak langgar simpang, Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).

Selain itu ada ciri keselamatan tambahan yang turut hadir seperti peninjau pandangan panoramik 360-darjah 3D, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan perakam video digital menghadap ke hadapan (DVR atau Dashcam).
Tidak ketinggalan 6 beg udara , ISOFIX, Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)dan Kawalan Bantu Mula-Bukit (HAC).


HARGA:
Menyentuh mengenai harga Toyota Innova Zenix 2023, anda jangan terkejut!
Toyota Innova Zenix 2.0 V dijual pada harga RM165,000 manakala varian HEV pula berharga RM202,000.
Harga itu termasuk perlindungan waranti perbatuan tanpa had lima tahun manakala untuk 2.0 HEV pula merangkumi liputan waranti perbatuan 8 tahun tanpa had untuk pek bateri hibridnya, Inverter dan unit kawalan pengurusan kuasa.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan..
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5259
SELANGOR
BSN7647
JOHOR
JYU1425
PULAU PINANG
PSB1341
PERAK
APG3907
PAHANG
CFG592
KEDAH
KGF706
NEGERI SEMBILAN
NEJ9259
KOTA KINABALU
SJR1926
KUCHING
QAB4975N
Terakhir Kemas Kini 05 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.
10-02-2026
UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT
Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.
01-05-2025
Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000
Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).
29-04-2025
Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan
UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.
18-04-2025
Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid
Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.
23-12-2024
Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024
Toyota Camry generasi ke-9 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.
02-12-2024
Berita Terkini
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat