ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerana Selalu Sesak, Projek Percubaan Lorong Bas Bermula Hari Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

rapid-bus-ampang-(2).jpeg

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), pengendali perkhidmatan bas Rapid KL dan bas perantara MRT, akan memulakan pelaksanaan projek percubaan lorong bas di Jalan Ampang bermula hari ini, 3 Julai 2023, dengan kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lorong bas ini bermula dari persimpangan Jalan Rhu hingga persimpangan Jalan Tun Razak, melibatkan 34 bas dari dua laluan, iaitu Laluan 300 (Pandan Indah - Lebuh Ampang) dan Laluan 303 (Taman Mulia Jaya - Lebuh Ampang).

rapid-bus-ampang-(3).jpeg

Projek perintis ini dirancang untuk merangsang perubahan dalam mod pengangkutan dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Ampang.

Lorong bas ini akan beroperasi pada waktu puncak di sebelah pagi, dari hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 6:00 pagi hingga 9:00 pagi, dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk sepanjang koridor Jalan Ampang yang berulang-alik ke pusat bandar untuk bekerja.

Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, "Dengan adanya lorong bas ini, perkhidmatan bas Rapid KL akan lebih lancar dan boleh menjimatkan masa perjalanan sehingga 20 minit jika dibandingkan dengan menggunakan kenderaan awam.

"Perkhidmatan bas di Jalan Ampang ini, bukan sahaja membawa penumpang ke KLCC, namun menghubungkan para penumpang ke mod pengangkutan awam yang lain untuk ke destinasi akhir. Perjalanan akan bertambah selesa dengan penggunaan bas dua tingkat yang baharu dan selesa serta dengan adanya kemudahan 'Park n Ride.’

"Kesesakan dapat dikurangkan sekiranya berlaku pertukaran mod daripada kenderaan persendirian ke bas yang mana sebuah bas dua tingkat boleh memuatkan seramai 110 orang bersamaan lebih 50 kereta yang hanya boleh memuatkan satu hingga dua penumpang pada satu-satu masa,” katanya. 

Mereka yang tinggal di Ampang yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ini boleh menggunakan kemudahan Park n Ride di Stesen LRT Ampang dengan bayaran tempat letak kereta harian hanya RM4.30.

Penumpang yang menggunakan Laluan 300 dan Laluan 303 boleh ke destinasi hentian berikut: 

  • LRT Ampang Park / LRT KLCC / LRT Dang Wangi / LRT Masjid Jamek serta perjalanan ke Putra Heights atau Gombak dengan menggunakan Laluan LRT Kelana Jaya
  • MRT Ampang Park serta perjalanan ke Putrajaya atau Kwasa Damansara dengan menggunakan Laluan MRT Putrajaya
  • Monorel Bukit Nanas serta perjalanan ke Titiwangsa atau KL Sentral dengan menggunakan Monorel KL
  • LRT Masjid Jamek serta perjalanan ke Putra Heights atau Sentul Timur dengan menggunakan Laluan LRT Ampang / Sri Petaling
  • KLCC dengan sambungan perkhidmatan bas GoKL, yang boleh membawa penumpang mengelilingi pusat bandar


Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:

Baca: Percubaan Bas Penghubung Kajang & Bangi Ke Putrajaya Mula 3 Julai Ini


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX8449

SELANGOR

BSU9450

JOHOR

JH2148J

PULAU PINANG

PSH3253

PERAK

APM8257

PAHANG

CFJ3750

KEDAH

KGJ7617

NEGERI SEMBILAN

NEM5487

KOTA KINABALU

SJV1193

KUCHING

QAB9740P

Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
EV

07-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

22-07-2025
Berita Auto
Berita Auto

16-05-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto
Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto
Isu Stesen LRT Sesak

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.