Volkswagen Golf R Mk8 Bakal Dipasang CKD Di Malaysia Tak Lama Lagi?

Salah satu pengedar tempatan kenderaan Volkswagen telah mengumumkan di Facebook pada awal bulan ini bahawa Volkswagen Golf R Mk8 akan dihasilkan secara tempatan (CKD) oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) tidak lama lagi. Klik di sini dan di sini untuk lihat hantaran di media sosial tersebut.
Perkongsian yang dibuat itu turut mendedahkan bahawa tempahan bagi model ini sudah mula dibuka. Bagaimanapun, VPCM masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.


Pada awalnya, VPCM menghasilkan tempatan model Golf generasi kedelapan dalam varian R-Line (kiri) dan GTI (kanan)
Pada mulanya, kedua-dua Golf R-Line dan GTI dipasang secara CKD sebelum varian Golf R-Line digugurkan daripada pasaran Malaysia atas sebab yang tidak diketahui. Sementara itu, versi yang masih dikekalkan, GTI, bukan sahaja akan diteruskan jualannya dengan pemasangan CKD, tetapi, baru-baru ini varian tersebut telah dikemaskini dengan pelbagai ciri keselamatan ADAS Volkswagen, IQ.Drive.
Buat masa ini, versi berprestasi tinggi, Golf R pula, kekal sebagai produk import sepenuhnya (CBU). Tidak mustahil sekiranya varian ini juga bakal 'mengikut jejak' GTI untuk dikeluarkan secara CKD tidak lama lagi berdasarkan petanda yang telah ditunjukkan. Sekiranya varian flagship ini dihasilkan secara CKD, ia mungkin akan dijual pada harga lebih rendah berbanding harga jualannya yang terkini, RM429,990.

Baru-baru ini, VPCM telah mengemaskini model Golf GTI Mk 8 CKD dengan IQ.Drive
Dengan pemasangan secara CKD, kita juga mungkin boleh menjangkakan VPCM akan mengemaskini Golf R dengan pakej IQ.DRIVE sepenuhnya seperti yang dibuat kepada Golf GTI baru-baru ini.

Golf R Mk8 mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam hanya 4.8 saat
Untuk pengetahuan pembaca, Golf R Mk8 bagi pasaran Malaysia menggunakan enjin 2.0L TSI 4-silinder turbo yang serupa dengan GTI, tetapi dengan output yang lebih tinggi iaitu 316 hp dan 400 Nm. Kuasa kemudiannya disalurkan kepada sistem pacuan semua roda 4MOTION menerusi transmisi automatik DSG berkembar 7 kelajuan yang membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat.
Sekiranya berita tentang pemasangan CKD ini bukan sekadar khabar angin, serta bakal menerima peningkatan pakej keselamatan IQ.DRIVE, pada pendapat anda, berapakah harga jualan yang sesuai untuk hatchback ini? Kongsikan anggaran harga di ruangan komen yang disediakan di bawah atau di media sosial kami.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



