JANGAN TERKEJUT: Platform smart# SAMA Dengan Lotus Eletre

Nampaknya, smart #1 sudah bersiap sedia untuk memasuki pasaran tempatannya pada akhir tahun ini apabila kenderaan elektrik itu sudah pun membuat penampilannya pada awal bulan ini.
Menjelang penampilan sulungnya, kami memutuskan untuk mendedahkan teknologi EV yang digunakan oleh smart#1.
Ia bertujuan untuk memberi anda pemahaman yanglebih jelas tentang EV ini.


Sebelum ini, kami ada menyatakan smart#1 dibangunkan dengan kerjasama Kumpulan Daimler (Mercedes-Benz) dan Kumpulan Geely.
Model-model baharu dari smart akan dibangunkan oleh Geely, tetapi Mercedes-Benz masih bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aspek rekaan.


Untuk pengetahuan anda, smart#1 dibina berdasarkan platform EV Sustainable Experience Architecture (SEA).
Mujur, platform SEA boleh digunakan dalam pelbagai bentuk dan jenis EV.
Antara yang menggunakan platform SEA ialah Lotus Eletre, Volvo EX30, Polestar 4, Zeekr 009 dan sebenarnya banyak lagi.

Untuk makluman anda, smart#1 sebenarnya menyokong pengecasan AC 22 kw dimana pengecasan dari 10-80 peratus, ia mengambil masa dalam 3.5 jam manakala dengan pengecasan DC 150 kW pula (10-80 peratus di bawah 30 minit).
Tenaga kereta itu juga boleh digunakan untuk aplikasi elektrik yang lain dengan bekalan kuasa terbalik 3.3kW V2L.
Dari segi kuasa, smart #1 dijana menggunakan satu motor elektrik pada roda belakang (RWD)

Ia mampu menghasilkan 268 HP dan 343 Nm, dengan kelajuan maksimum 180 kmj. Untuk itu, EV seberat dua tan ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 6.7 saat.
Maka, tidak hairanlah mengapa ia menjadi salah satu model yang terpantas dalam kelasnya.
Difahamkan, jentera comel ini dikuasakan dengan pek bateri berkapasiti 66 kWh NCM (nikel, kobalt, mangan), sekali gus membolehkan ia melakukan jarak gerak sehingga 440 km.


Apa yang cukup menarik dengan jarak brek sub-37m yang mengagumkan dari 100-0km/j, smart #1 membuatkan anda berasa selamat dalam setiap perjalanan.
Dari segi mod pemanduan, smart #1 dilengkapi dengan mod Eco, Comfort, dan Sport, dimana si pemandunya boleh menyesuaikan pemanduan mengikut persekitarannya.
Bukan itu sahaja, smart#1 tiga tahap bantuan stereng yang berbeza, setiap satunya boleh disesuaikan mengikut pemiliknya.

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, smart #1 akan memasuki pasaran EV tempatan pada suku keempat tahun ini, dan ia akan menjadi model EV pertama yang akan dilancarkan di bawah anak syarikat baharu pembuat kereta nasional kami, yang dikenali sebagai Proton New Technology. (PRO-NET).

Selain daripada pasaran tempatan, PRO-NET juga merupakan pengimport dan pengedar rasmi EV pintar ke pasaran Thailand.
Jadi apa pula pandangan anda mengenai smart#1? Mampukah ia menggoda hati netizen kita?
Kongsikan pandangan anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



