Peluang Uji Kehebatan Sebenar Triton & Xpander Di Dua Acara Ini!
![]()
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, menjemput orang ramai untuk memeriahkan dua acara yang diadakan bagi mempamerkan kemampuan luar biasa kenderaan Mitsubishi. Acara tersebut ialah Triton Champion Xperience di Miri dan Mitsubishi Ultimate Thrills di Kota Bharu dan Alor Setar. Teruskan membaca untuk info selanjutnya.
Triton Champion Xperience di Miri, Sarawak (26-27 Ogos 2023)
Teroka kebolehan Mitsubishi Triton di acara Triton Champion Xperience. Berlangsung di Parkcity Eastwood, Miri, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, penyertaan adalah PERCUMA untuk semua.

Melalui aktiviti yang diadakan, pengunjung dapat merasai sendiri kehebatan pengendalian, kelasakan, kuasa dan ketahanan Triton ketika dibawa pada kelajuan tinggi dan semasa melalui laluan off-road yang mencabar. Aktiviti yang diadakan akan mempamerkan kecanggihan sistem Super–Select 4WD II Mitsubishi Motors dan mod off-road.
Penyertaan terawal untuk sesi pandu uji yang dibuat melalui Triton Mini AXCR akan menerima hadiah eksklusif T-Shirt Champion Xperience, pin tambah nilai Touch N Go RM20, dan peluang memenangi beg North Face EXPLORE BARDU II dalam cabutan bertuah.


Turut berlangsung, promosi dan kadar faedah yang rendah 1.77%* untuk tempahan trak pikap Triton Athlete atau Triton AT Premium yang dibuat sebelum 31 Ogos 2023. Pelanggan yang membuat tempahan ini semasa acara ini berlangsung turut akan menerima tumbler berjenama Stanley (tertakluk kepada terma dan syarat).
Mitsubishi Ultimate Thrills di Kota Bharu dan Alor Setar (25-26 Ogos dan 8-9 Sep)
Orang ramai dijemput hadir ke acara Mitsubishi Ultimate Thrills untuk merasai pengalaman menakjubkan semasa mengendalikan crossover 7 tempat duduk, Mitsubishi XPANDER dan trak pikap Triton.
Berikut adalah maklumat lengkap acara Mitsubishi Ultimate Thrills:
Tarikh | Negeri | Lokasi | Masa |
25-26 Ogos | Kota Bharu, Kelantan | Bersebelahan AEON Mall, Kota Bahru Lembah Sireh, 15050, Kota Bharu, Kelantan. | 10 am – 6 pm |
8-9 Sep | Alor Setar, Kedah | Bertentangan Mitsubishi Motors Authorized Showroom, Alor Setar. Lot 10201, Susuran Kebarung, Off Persiaran Bandar Baru Mergong, 05150, Alor Setar, Kedah. | 10 am – 6 pm |


Antara aktiviti ialah Devil’s Angle yang mempamerkan kemampuan kenderaan untuk menempuhi laluan yang mencabar atau banjir, Side Traverse untuk membuktikan kehebatan pengendalian dan Roller Conveyor untuk menguji daya cengkaman semasa melalui jalan yang licin dan mencabar.


Untuk menyertai aktiviti ini, anda boleh mendaftar dengan klik pada Ultimate Thrills , dan dapatkan baucar KFC sebanyak RM10. Melalui penyertaan aktiviti pandu uji, anda bakal menerima beg lipat eksklusif Mitsubishi Motors Nature Hike. Cabutan bertuah menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti Nintendo Switch, G Shock, dan UV Disinfectant.
Ayuh datang beramai-ramai! Tapak acara turut dimeriahkan dengan trak makanan, ais krim dan pelbagai aktiviti menarik lain untuk seluruh ahli keluarga!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV4471
SELANGOR
BSU5907
JOHOR
JG3420J
PULAU PINANG
PSG7331
PERAK
APM4661
PAHANG
CFJ2180
KEDAH
KGJ5701
NEGERI SEMBILAN
NEM3843
KOTA KINABALU
SJU6823
KUCHING
QAB8209P
Terakhir Kemas Kini 24 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Di Miri
MMM bersama rakan pengedar setianya, Auto Pacifica, mengumumkan bahawa Pusat 4S yang terletak di Miri, Sarawak telah dinaik taraf, baru-baru ini.
20-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
1,000 Tempahan Mitsubishi Xforce Diterima Selepas Seminggu Pra-Pelancaran
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menerima 1,000 Mitsubishi Xforce dalam masa seminggu selepas pra-pelancaran dan pembukaan tempahan.
16-02-2026
Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).
05-02-2026
Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini
Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.
03-02-2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

