Program Madani: TIADA Diskaun Saman JPJ

Tiada lagi diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)!
Itu kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke kepada pemberita pada program Setahun Bersama Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Kita sudah ada dasar sejak tahun 2018 lagi. Sejak saya jadi menteri tahun 2018 saya sudah tetapkan dasar tak ada diskaun untuk saman JPJ.
“Mengapa dibuat begitu? Kalau kita ingat saya membatalkan lebih 4 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada tahun 2018.
“Pada ketika itu memang ramai orang menyambut baik tetapi saya sudah beritahu bahawa itu one off sahaja dan bukannya dijadikan sebagai precedent.
Terdahulu, media ada melaporkan ada pengunjung yang tidak berpuas hati apabila mendapat tahu JPJ tidak menawarkan diskaun saman pada acara berkenaan.
Berikutan kekecohan semalam, Loke berkata satu mesyuarat telah diadakan dengan pegawai kementerian dan agensi terbabit untuk menjelaskan isu itu.
“Saman untuk mendidik tetapi kalau kita bagi diskaun seolah-oleh boleh ditolakansurkan. Dan kita mendapat maklum balas daripada orang ramai bahawa apabila kementerian beri diskaun, ia tidak adil kepada mereka yang bayar pada masa ditetapkan ataupun mereka yang membayar awal.

“Walaupun ada orang harapkan ada diskaun, maaflah. Tetapi kita buat program lain seperti pemberian topi keledar percuma dan cara-cara lain untuk kita membantu,” tambahnya.
Bagi yang tidak tahu, diskaun hanya diberikan pada saman trafik Polis Diraja Malaysia.
Bagaimanapun, tawaran pengurangan kompaun itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



