CHERY MALAYSIA: Lebih 4,500 UNIT terjual!

Chery Malaysia melabuhkan tirai tahun 2023 dengan mencatatkan jualan kereta sebanyak 4,501 unit sepanjang tahun lalu.
Menurut Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, antara model paling laris setakat ini ialah Omoda 5.
“Model Chery paling laris setakat ini ialah Omoda 5 memandangkan 80 peratus daripada jualan ialah Omoda 5,” katanya kepada CariCarz.com ketika diminta mengulas mengenai model terlaris Chery pada tahun lalu.
Sedikit latar belakang mengenai Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro yang dilancarkan secara serentak pada Julai tahun lalu.

Untuk makluman anda, Omoda 5 ditawarkan dalam dua varian iaitu varian C dijual pada harga RM108,800, dan H, berharga RM118,800, manakala Tiggo 8 Pro (RM118,800).
Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran. Sama seperti Tiggo 8 Pro, Omoda 5 pasaran Malaysia ini turut dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD).
Bercakap mengenai rangkaiannya, Chery sudah pun melebarkan sayapnya di Pantai Timur sekali gus menyaksikan jenama itu kini mempunyai 18 cawangan 3S dan 4S di seluruh negara serta 14 lagi cawangan 1S dan 2S.

Menjelang tahun 2024 pula, Chery Malaysia sudah pun memperincikan rancangan untuk mengembangkan rangkaiannya dengan meningkatkan jumlah cawangan daripada 32 kepada 48.
Usaha itu akan dilakukan secara berperingkat, dimana tumpuan adalah lebih kepada untuk meningkatkan bilangan pusat 3S dan 4S daripada 18 kepada 34.


Menyentuh mengenai produk, Chery Malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk mengembangkan lagi barisannya dalam segmen kenderaan elektrik (EV) pertamanya iaitu Omoda E5. Kembar kepada Omoda 5 ini sebenarnya sudah pun ditayangkan sebelum ini dan ia akan dilancarkan secara rasminya pada Mac nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



