ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Chery Tiggo 7 Pro Versi CKD Bakal Tiba, Jeng, Jeng

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan Tiggo 7 Pro ke pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini.

Menerusi pembentangan rancangan Chery sepanjang tahun ini, pihak syarikat turut mendedahkan maklumat awal mengenai spesifikasi Tiggo 7 Pro.

Berdasarkan slaid pembentangan yang ditunjukkan kepada para media, Tiggo 7 Pro disumbat dengan enjin 1.6-liter empat silinder turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 197 hp dan 290 Nm.

image.png

Jentara itu digandingkan dengan  kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan. 

Dari segi daya pecutannya pula, Chery berkata, Tiggo 7 Pro itu mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 8.3 saat.

image.pngimage.png

Antara maklumat lain yang turut didedahkan ialah, ia akan menggunakan rim aloi sebesar 18 inci manakala  sistem multimedia pada kereta ini juga  memiliki keupayaan untuk penyambungan sistem Android Auto dan juga Apple Car Play.

Apa yang cukup menarik ialah ia dilengkapi dengan  17 ciri ADAS, iaitu lima ciri lebih banyak berbanding Tiggo 8 Pro. 

Turut disertakan adalah kamera 540 darjah, ada bumbung panaromik, skrin berkembar berukuran 24.6 inci, selain ada liang pengudaraan pada tempat duduk hadapan.

Tidak ketinggalan juga terdapat sistem audio Sony dengan lapan pembesar suara.

Malah, pihak Chery turut mendedahkan bahagian bampar serta sisi jentera itu.

image.png

Dikhabarkan, Tiggo 7 Pro ini akan ditawarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) dimana pemasangannya juga akan dibangunkan di  kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah.

image.png

Bagaimanapun, harga Tiggo 7 Pro masih belum didedahkan! Di sebalik butiran ini, ada juga yang mendakwa adakah Tiggo 7 Pro ini mampu menyaingi Proton X70 kerana rupa mereka seakan-akan sama selain berkongsi beberapa spesifiaksi lain.

Apa pula pandangan anda? 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB5384

SELANGOR

BSV4533

JOHOR

JJ4782J

PULAU PINANG

PSH7401

PERAK

APN3926

PAHANG

CFJ5247

KEDAH

KGK1077

NEGERI SEMBILAN

NEM7552

KOTA KINABALU

SJV4454

KUCHING

QAB1627Q

Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2026
Berita Auto

22-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
Berita Auto

12-10-2026
Berita Auto

08-10-2026
Berita Auto

04-06-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026

Berita Terkini

Kereta Baru
Berapa Harga GWM ORA 5 Hi2 HEV

Berapa Harga GWM ORA 5 Hi2 HEV

GWM ORA 5 Hi2 HEV Dilancarkan, Harga RM106,800.

19-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga DENZA D9 Prestige AWD?

Berapa Harga DENZA D9 Prestige AWD?

Harga DENZA D9 Prestige AWD Diumum: RM345,800, Jarak 650km

19-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?

Berapa Harga Toyota Yaris 2027?

Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.

16-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Proton S70 RS Sport?

Berapa Harga Proton S70 RS Sport?

Proton Masih Belum Dedahkan Harga Proton S70 RS Sport.

16-11-2026
Kereta Baru
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia

Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia

JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.

11-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.