Gentari Go Rasmi Di M'sia! 1 Aplikasi Pelbagai Fungsi Untuk Pemilik EV, Ini Yang Menarik...
-full.webp)
Majlis pelancaran aplikasi EV, Gentari Go
Syarikat penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn. Bhd. (Gentari) semalam telah melancarkan secara rasmi aplikasi Gentari Go, untuk memberikan pelanggan pengalaman penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang lebih baik.



Aplikasi tersebut diperkenalkan untuk memudahkan peralihan orang rami kepada gaya hidup yang lebih mampan, padat dengan fungsi yang tidak hanya terhad kepada pengecasan EV, pengecas yang disediakan Gentari atau di Malaysia sahaja, menjadikannya sebuah aplikasi penting untuk pengguna EV.
AKSES PENGECAS EV PELBAGAI PENGENDALI
Dengan platform ini, pengguna boleh mencari lokasi pengecas EV terdekat yang dikendalikan oleh Gentari, ChargEV dan JomCharge.


Akses yang ditawarkan melalui aplikasi ini bukan sahaja yang terdapat di dalam negara, tetapi juga di Thailand dan Singapura, melalui pengendali pengecas lain seperti City Energy Go, EVolt dan CDG Engie.
-full.webp)
Secara keseluruhannya, orang ramai dapat mengakses dengan mudah, lebih daripada 2,000 pengecas di seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand serta lebih 70% titik pengecasan di Malaysia.
APLIKASI PENGECASAN EV YANG KOMPREHENSIF
Selain pencarian lokasi dan pengaktifan pengecas EV, menggunakan Gentari Go, pengguna boleh mengakses lagi maklumat pengecasan lain seperti penggunaan kuasa secara langsung dan graf penggunaan kuasa atau charging curve, dan banyak lagi ciri lain yang akan ditambah dari masa ke masa.
GUNA APLIKASI INI UNTUK DAPAT GANJARAN
-full.webp)
Anda boleh mengumpulkan mata ganjaran apabila menggunakan pengecas atau boleh menebus kod promosi yang ditawarkan.

Gentari turu memaklumkan bahawa aplikasi ini akan menerima mata Setel atau Mesra pada masa akan datang.
BUKAN SEKADAR PENGECASAN
Melalui aplikasi yang sama, anda juga boleh menyewa EV. Perkara ini dapat dilaksanakan hasil kerjasama Gentari dan syarikat yang menawarkan sewaan EV, GoCar. Selain itu, turut ditawarkan kemudahan akses terhadap sistem lestari lain seperti pengecas EV di rumah dan solar.



Gentari Go kini boleh dimuat turun di Google PlayStore atau Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.gentari.com/go/
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6112
SELANGOR
BST4082
JOHOR
JD4998J
PULAU PINANG
PSF2746
PERAK
APL2040
PAHANG
CFH6049
KEDAH
KGH8321
NEGERI SEMBILAN
NEL6647
KOTA KINABALU
SJT8615
KUCHING
QAB5029P
Terakhir Kemas Kini 01 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz Jalin Kerjasama Demi Menyediakan Pengecas EV Untuk Pelanggan
MBM turut memeterai kerjasama dengan beberapa CPO untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap di seluruh negara.
29-11-2024
Dalam Sebulan Lagi, Gentari Hasrat Bina 550 Poin Pengecasan EV
Gentari menyasarkan membina antara 500 sehingga 550 stesen pengecasan EV di seluruh negara.
16-11-2024
Naza Auto Sedia Pengecas EV di Seluruh Negara Bersama Gentari
Naza Automotive Holdings Sdn Bhd (Naza Auto) kini bekerjasama dengan syarikat penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (Gentari).
19-04-2024
Gentari & KPJ Lancar Pengecas EV DC & AC Pertama Di Menara KPJ
KPJ Healthcare Berhad (KPJ) telah melancarkan secara rasmi stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) pertamanya.
24-01-2024
Sime Darby & Gentari Bekerjasama Majukan Infrastruktur EV
Sime Darby Motors (SDM) dan Gentari Sdn Bhd, menandatangani MoU untuk mempercepatkan pembinaan infrastruktur pengecasan EV.
14-10-2023
Gentari, BMW Malaysia Meterai Kerjasama Bangunkan Ekosistem Pengangkutan Hijau
Gentari Green Mobility Sdn Bhd. telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BMW Malaysia.
07-08-2023
Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?
Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand
19-05-2023
Gentari dan City Energy Meterai MoU Bangunkan Pengecas EV Rentas Sempadan Malaysia-Singapura
City Energy dan Gentari Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan rangkaian pengecasan EV.
19-04-2023
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat