Mercedes-Benz C350e PHEV Kini Rasmi Di Malaysia, Pra-Tempahan Dibuka

Pra-tempahan bagi model terbaru daripada Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Mercedes-Benz C350e kini rasmi dibuka pada harga jualan yang dianggarkan bermula daripada RM 355,000.
PRESTASI MERCEDES-BENZ C350E
Mercedes-Benz C350e yang dilancarkan di pasaran kita ini menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) yang menggabungkan kuasa daripada enjin petrol empat silinder sebaris berpengecas turbo 1.9 liter dan juga motor elektrik 95 kW/440 Nm.
-full.jpg)
Gabungan sistem ini memberikan kereta kemampuan untuk menghamburkan kuasa sebanyak 313 hp dan tork 550 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik sembilan kelajuan. Model ini boleh mencapak kelajuan tertinggi 245 km/j.
Sistem hibrid C350e menggunakan bateri berkapasiti 25.4 kWh yang membolehkan kenderaan bergerak sejauh 117 KM (WLTP) dengan kuasa elektrik penuh.
REKAAN MERCEDES-BENZ C350E



Diberikan sentuhan AMG Line, dari sudut hadapan, model ini hadir dengan gril yang terdapat corak logo bintang 3 penjuru Mercedes. Model ini menggunakan lampu depan dengan teknologi DIGITAL LIGHT dan Adaptive Highbeam Assist Plus. Di bahagian tepi, C350e dipasangkan dengan rim aloi ringan 5 jejari bersaiz 18 inci.
KABIN MERCEDES-BENZ C350E




Bergerak ke bahagian dalam, antara kelengkapan yang ada ialah kluster instrumen bersaiz 12.3 inci, pad pengecas tanpa wayar serta skrin infotainmen 11.9 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri lain ialah bumbung suria panoramik dan pencahayaan ambien.


Model ini menerima kemasan AMG Line dengan stereng sporty dalam balutan kulit Nappa, karpet AMG dan sebagainya.
CIRI KESELAMATAN MERCEDES-BENZ C350E
Dari segi keselamatan, Mercedes-Benz C350e PHEV dilengkapi dengan sistem seperti bantuan titik buta aktif, bantuan brek aktif, kamera 360 darjah, bantuan parkir aktif dengan Parktronic dan perlindungan kenderaan GUARD 360 ° .
HARGA MERCEDES-BENZ C350E
Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga jualan yang dianggarkan bermula daripada RM 355,000, atas jalan, tanpa insurans. Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasminya, www.mercedes-benz.com.my/C-Class
PELAN PEMBIAYAAN AGILITY+
Yang menariknya, Mercedes-Benz menawarkan pelan pembiayaan Agility+ membolehkan anda membuat bayaran bulanan yang lebih rendah dengan pelbagai lagi nilai tambah lain seperti pakej servis tambahan sebanyak 6 kali dan insurans Star Protect bernilai RM3,800.
Selain itu, MBM turut menawarkan program MobilityPlus iaitu waranti sementara yang ditawarkan untuk penukaran kereta sekiranya kereta anda dihantar untuk mendapatkan servis dan penyelenggaran atau membuat tuntutan waranti, dalam tempoh 48 jam atau lebih. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, layari mb4.me/StepUpAgility

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB6014
SELANGOR
BSV4659
JOHOR
JJ5264J
PULAU PINANG
PSH7595
PERAK
APN4096
PAHANG
CFJ5310
KEDAH
KGK1348
NEGERI SEMBILAN
NEM7639
KOTA KINABALU
SJV4583
KUCHING
QAB1682Q
Terakhir Kemas Kini 29 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga DENZA D9 Prestige AWD?
Harga DENZA D9 Prestige AWD Diumum: RM345,800, Jarak 650km
19-11-2026
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?
Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.
16-11-2026
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



