- Berita
- Berita Auto
- smart Malaysia Rai Hari Ke-100 Di Pasaran – Lebih Banyak Cawangan & Stesen Pengecas EV Menanti
smart Malaysia Rai Hari Ke-100 Di Pasaran – Lebih Banyak Cawangan & Stesen Pengecas EV Menanti

Hari ini, 29 Februari 2024, smart Malaysia (PRO-NET) meraikan 100 hari pertama kehadirannya dalam pasaran automotif tempatan, yang kebetulan jatuh pada tahun lompat!
Sepanjang 100 hari pertama di pasaran, pelbagai acara telah dianjurkan termasuk smart Tech Insight Day, yang bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang smart #1 yang termasuk waranti yang ditawarkan, spesifikasi produk, sesi perkongsian pemilik smart #1 dan banyak lagi.


Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat dengan mudah melalui aplikasi Hello smart yang telah dikemaskini. Bagi meningkatkan penglibatan dan memperkukuh rangkaiannya, smart Malaysia akan memperbanyakkan lagi acara pada masa akan datang yang termasuk pandu uji.

Rangkaian pengedaran smart Malaysia juga telah berkembang dengan pesat dengan penubuhan 10 cawangan pengedaran di seluruh negara termasuk cawangan pertama yang telah dibuka di Malaysia Timur. Bagi tahun ini, rangkaiannya akan diperluaskan kepada 13 cawangan.


smart Malaysia juga merancang untuk memperluaskan rangkaian pengecasannya memandangkan permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara kian meningkat. Setakat ini, 70% daripada data stesen pengecasan Malaysia telah diintegrasikan ke dalam aplikasi Hello smart, syarikat ini kini bersedia untuk bekerjasama dengan lebih banyak pihak berkepentingan dalam ekosistem EV untuk menawarkan akses lebih mudah kepada pengguna smart di seluruh negara.
Seperti yang dijangkakan, varian smart #1 Brabus menjadi pilihan ramai dalam kalangan peminat EV di Malaysia, dengan model tersebut mengumpulkan lebih daripada 60% jumlah tempahan selepas pelancarannya tahun lalu. Dijual pada harga RM249,000, varian teratas #1 Brabus dilengkapi dengan sistem dwi-motor AWD, dengan kuasa sebanyak 422 hp (315 kW) dan tork 543 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dilakukan dalam masa hanya 3.9 saat.
Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus




Varian kedua ialah #1 Premium, yang menawarkan jarak WLTP tertinggi sejauh 440 KM yang dibekalkan oleh bateri NMC 66 kWh. Varian ini ditawarkan pada harga RM219,000. Menggunakan susunan sistem RWD yang sama dengan varian Pro, model ini boleh mencapai kuasa sebanyak 268 hp (200 kW) dan tork 343 Nm.


Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, berkata, “Kami berterima kasih atas sokongan pelanggan dan. Kami akan terus mengekalkan fokus kami untuk mengutamakan keperluan pelanggan, memastikan setiap interaksi dengan jenama kami adalah positif dan tidak dapat dilupakan.
“Inovasi dan keprihatinan terhadap pelanggan adalah asas kepada nilai teras kami,” tambah Zhang Qiang.

smart Malaysia telah menerbitkan video istimewa yang menggambarkan kehidupan seharian pakar jualannya yang sentiasa komited. Anda boleh menonton video ini di platform sosial rasmi smart Malaysia di TikTok, Instagram dan Facebook.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



