Bermaz Auto Alliance Henti Operasi – Bagaimana Dengan Waranti Peugeot?

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAA) secara rasmi mengumumkan bahawa operasi perniagaannya dihentikan bermula 29 Februari 2024. Ini menandakan tamatnya kuasa anak syarikat milik Bermaz itu sebagai pengedar tunggal kereta jenama Peugeot di Malaysia.
Firma itu mendedahkan perkara tersebut melalui satu kenyataan yang dikeluarkan semalam bahawa ia telah menghentikan kesemua operasi pengedaran, penjualan dan perkhidmatan selepas jualan untuk jenama Peugeot. Selain itu, syarikat tersebut turut berhenti menawarkan servis selepas jualan bagi jenama Citroën dan DS.

Stellantis Malaysia kini mengambil alih BAA sebagai pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia
BAA juga memaklumkan bahawa program Servis Penyelenggaraan Percuma (FSM) secara kontrak untuk pelanggan Peugeot sedia ada kini akan dikendalikan oleh Stellantis Malaysia National Sales Company (Stellantis Malaysia). Ini juga bermaksud, semua FSM yang akan datang bakal dilaksanakan oleh rangkaian yang dilantik Stellantis.
Turut diumumkan adalah penubuhan pusat panggilan sehenti Stellantis Malaysia bagi pemilik sedia ada Peugeot, Citroën, dan DS sedia ada di Malaysia. CariCarz.com berjaya mendapatkan senarai 15 pusat servis yang dilantik secara rasmi oleh firma tersebut seperti yang ditunjukkan di bawah:

Buat masa ini, tidak jelas sama ada perkhidmatan selepas jualan yang sama turut dirancang untuk kenderaan Citroën dan DS yang masih dalam tempoh jaminan.


Walaupun beroperasi dalam tempoh yang agak singkat, usaha Bermaz Auto Alliance untuk mengukuhkan kehadiran jenama Peugeot di Malaysia telah membuahkan hasil. Syarikat tersebut telah melancarkan empat model iaitu 2008, 3008, 5008 dan trak pikap, Landtrek.
Baca: [PANDU UJI] Peugeot Landtrek 1.9D Allure: Bagi Yang Inginkan Trak Bergaya & Berciri Premium
Baca: [PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pemenang “Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain” Bermaz Auto Diumumkan
Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd telah mengumumkan pemenang bertuah kempen “Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain."
18-10-2023
PERHATIAN! Ada Beberapa Produk Dipanggil Balik
JPJ bantu pengeluar kenderaan buat hebahan kempen balik produk yang terjejas.
20-09-2023
Pakej Penggayaan Sporty Edisi Khas Peugeot 2008 Kini Ditawarkan, Harga RM2.9K
Pengedar tunggal kenderaan keluaran syarikat Perancis, Peugeot bagi pasaran Malaysia, Bermaz Auto Alliance, telah memperkenalkan pakej penggayaan bagi crossover kompak Peugeot 2008.
07-04-2023
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


