ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Neta Malaysia Tawar Waranti SEUMUR HIDUP & Program Kesetiaan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lifetime-Warranty-Poster.jpg


Neta Malaysia telah melancarkan Waranti Seumur Hidup dan Program Kesetiaan


Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB), pengedar rasmi kenderaan  Neta di Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan Waranti Seumur Hidup serta Program Kesetiaan untuk semua kenderaan elektrik (EV) jenama tersebut. Program ini dirancang untuk meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan Neta di Malaysia dengan menyediakan liputan jaminan yang luas dan pelbagai keistimewaan eksklusif.


PROGRAM WARANTI SEUMUR HIDUP


Web_CariCarz_Neta-V-Launched-80.jpgWeb_CariCarz_Neta-V-Launched-77.jpg


Program Waranti Seumur Hidup ini ditawarkan kepada 500 pelanggan baharu yang membeli Neta V bermula 2 April hingga 30 Jun. Jaminan ini meliputi semua komponen EV penting termasuk bateri, motor, unit pengawal motor, serta litar bersepadu yang mengawal operasi peranti dan sistem tertentu.


PROGRAM KESETIAAN NETA


Loyalty-Program-Poster.jpg


ISSB juga telah melancarkan Program Kesetiaan Neta. Program ini menawarkan pelbagai keistimewaan eksklusif yang dirancang untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, termasuk harga diskaun untuk pembelian aksesori Neta yang  tertentu dengan jumlah penjimatan sehingga RM24,300, peluang untuk menyertai cabutan bertuah dan banyak lagi. Program Kesetiaan Neta juga ditawarkan untuk pemilik Neta sedia ada di Malaysia.


Mengulas tentang pelancaran program istimewa ini, Pengerusi Eksekutif ISSB, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, "Kami sangat berbangga dengan proses pengeluaran NETA yang menjamin kebolehpercayaan dan kecemerlangan setiap produk yang kami tawarkan di pasaran. Melalui protokol pembuatan yang ketat dan ujian serta pengesahan yang intensif, kami dengan sepenuh hati menyokong [tawaran] waranti ini.”


Web_CariCarz_Neta-V-Launched-04.jpg


Pengerusi Eksekutif ISSB, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal


“Program Waranti Seumur Hidup dan Program Kesetiaan yang diperkenalkan ini akan memberikan ketenangan fikiran yang tiada tandingan kepada pelanggan dan mengukuhkan lagi dedikasi serta komitmen NETA untuk memberikan nilai luar biasa kepada pelanggan kami," tambah beliau.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Waranti Seumur Hidup dan Program Kesetiaan NETA, boleh kunjungi laman web rasmi Neta Malaysia atau hubungi talian bantuan pelanggan di 016-504-0881.

Web_CariCarz_Neta-V-Launched-81.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Global

05-08-2025
Berita Auto

09-12-2024

Berita Terkini

EV
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol

Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol

Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.

26-11-2026
EV
We Never Anti EV - Menteri MITI

We Never Anti EV - Menteri MITI

Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.

26-11-2026
EV
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.

20-11-2026
EV
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.

19-11-2026
EV
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.

19-11-2026
EV
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?

17-11-2026
EV
BYD Flash Charging Bakal Dilancar

BYD Flash Charging Bakal Dilancar

Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.

13-11-2026
EV
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.