BYD Atto 3 2024 Kini di Malaysia – 1 Varian, Dari RM149,800

BYD Atto 3 yang diberikan pembaharuan telah tiba di Malaysia, namun kini hanya dalam varian Standard Range.
BYD Sime Darby Motors telah melancarkan BYD Atto 3 yang telah dikemaskini bagi tahun 2024. Untuk versi terbaru ini, Atto 3 hanya ditawarkan dalam satu varian, Standard Range.




Reka bentuk luaran BYD Atto 3 2024.
Perubahan kecil diberikan pada bahagian luar, antara yang paling ketara adalah penggunaan logo BYD dan bukannya “Build Your Dreams” seperti versi sebelum ini, dan tiang C kini dicat hitam.





Selain itu, Atto 3 2024 kini turut ditawarkan dalam warna baharu, Cosmos Black selain pilihan Surf Blue, Ski White dan Boulder Grey. Warna Parkour Red dan Forest Green pula sudah tidak lagi ditawarkan.
Sebahagian besar daripada yang kita lihat dalam versi sebelum ini dikekalkan, termasuk roda 17 inci, lampu hadapan adaptif LED penuh, lampu belakang LED, bumbung suria panoramik dan banyak lagi.


Warna tema kabin baharu.
Di dalam kabin, warna tema baharu diberikan iaitu gabungan hitam dan biru gelap, sebagai tambahan kepada pilihan warna gabungan biru gelap dan kelabu. Warna baharu itu dipadankan dengan warna badan Cosmos Black dan Boulder Grey, manakala warna tema yang sama seperti versi dahulu pula adalah khas untuk warna badan Ski White dan Surf Blue.

Atto 3 kini menggunakan skrin infotainmen yang lebih besar.
Di samping warna tema, perubahan penting lain di bahagian kabin ialah skrin infotainmen yang kini lebih besar, berukuran 15.6 inci, berbanding 12.8 inci yang digunakan sebelum ini. Varian Standard Range kali ini juga diberikan pencahayaan ambien pelbagai warna serta pad pengecas tanpa wayar.
Atto 3 2024 masih menggunakan motor elektrik berkuasa 201 hp dan 310 Nm yang dipasang di bahagian depan untuk memacu roda depan. Kuasa dibekalkan oleh bateri LFP berkapasiti 49.92 kWj. Bateri ini boleh dicas menggunakan pengecas AC sehingga 7 kW dan DC 70 kW.

Penggunaan saiz bateri yang sama untuk varian ini bermakna masa yang diambil untuk dicas juga sama iaitu 45 minit daripada 0-80%, Apa yang menariknya, fungsi V2L masih ditawarkan.
BYD Atto 3 2024 kini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM149,800, tidak termasuk insurans. Pembelian adalah termasuk jaminan pengeluar selama 6 tahun atau 150,000 km, jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km dan jaminan komponen EV selama 8 tahun atau 150,000 km. Seperti sebelum ini, BYD SD Motors turut menawarkan pakej servis Standard dan Plus. Rujuk risalah di bawah untuk info terperinci:


Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT8471
SELANGOR
BSP2267
JOHOR
JYU7468
PULAU PINANG
PSB4097
PERAK
APG6291
PAHANG
CFG2113
KEDAH
KGF3067
NEGERI SEMBILAN
NEK1290
KOTA KINABALU
SJR3748
KUCHING
QAB5473N
Terakhir Kemas Kini 18 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


