Mitsubishi, Honda & Nissan Bergabung, Sasar Kembali Kuasai Pasaran Automotif
![]()
Pakatan tiga syarikat automotif Jepun ini penting untuk mengukuhkan kedudukan di peringkat global.
Syarikat automotif Jepun, Mitsubishi Motors bakal menyertai pakatan Honda Motor-Nissan Motor dengan jumlah jualan tahunan gabungan mencecah 8 juta kenderaan, dedah portal perniagaan Jepun, Nikkei.
Perincian Pakatan Sedang Dilakukan

Mitsubishi Triton tampil ranggi dengan kit off-road yang didedahkan pada Mei lalu.
Mitsubishi Motors, yang kini dikuasai Nissan sebanyak 34.01%, akan bekerjasama dengan Honda dan Nissan untuk memuktamadkan butiran kerjasama mereka. Menurut Nikkei, ketiga-tiga syarikat ini berhasrat untuk menyeragamkan perisian dalam kereta yang mengawal cara kenderaan beroperasi.
Langkah Strategik Meningkatkan Daya Saing

Kerjasama antara kesemua syarikat pengeluar Jepun ini dapat membantu mengurangkan kos dengan ketara dan sekaligus membantu memperbaik kedudukan mereka dalam sektor kenderaan elektrik (EV) yang sangat kompetitif, yang kini didominasi oleh syarikat seperti Tesla dan BYD dari China.
Persaingan Sengit
-full.jpg)
Honda HR-V.
Syarikat-syarikat Jepun yang dahulunya menguasai pasaran kini berhadapan dengan persaingan yang sengit daripada pengeluar kereta lain terutamanya China, pasaran kereta terbesar di dunia, yang telah meningkatkan pengeluaran dan berjaya menarik pelanggan dengan tawaran kereta berteknologi tinggi pada harga mampu milik.

Impak persaingan sengit ini cukup dirasai oleh syarikat Jepun, misalnya pengeluar kereta ketiga terbesar negara tersebut, Nissan. Syarikat ini telah kehilangan bahagian pasaran secara beransur-ansur di AS dan China, yang sebelum ini menyumbang separuh daripada jualan keseluruhan di peringkat global dalam tahun fiskal yang berakhir pada Mac lalu.
Melalui pakatan ini, Mitsubishi, Honda dan Nissan berharap dapat mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri automotif global, mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing mereka, terutama dalam pasaran EV yang sedang berkembang pesat. Pakatan ini dijangka membawa manfaat besar kepada ketiga-tiga syarikat dalam jangka masa panjang.
Sumber: NIKKEI Asia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRE7061
SELANGOR
BSR3555
JOHOR
JYB7823
PULAU PINANG
PSD4934
PERAK
APJ5681
PAHANG
CFG9704
KEDAH
KGG8102
NEGERI SEMBILAN
NEK8027
KOTA KINABALU
SJS8041
KUCHING
QAB1387P
Terakhir Kemas Kini 02 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lagi Maut Angkara Tayar Di Atas Jalan Raya
Seorang anggota polis maut akibat terjatuh dan terseret di jalan raya ketika motosikalnya melanggar tayar lori yang dipercayai tercicir.
02-07-2026
Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung
Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.
01-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ
JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.
01-07-2026
Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel
Harga Runcit Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 8 Julai 2026.
01-07-2026
LRT3 Kena Serbu: 60,000 Orang Naik LRT3
Orang ramai tidak melepaskan menaiki LRT3, semalam.
01-07-2026
Neolix Dapat Kebenaran MOT Uji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Cyberjaya
Neolix, secara rasmi mendapat lampu hijau daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk memulakan ujian jalan raya di Cyberjaya.
30-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


