Proton Saga Kini Dipasang CKD Di Mesir

Pengeluar kereta nasional, Proton, telah mencipta sejarah hari ini apabila mengumumkan bahawa sedan mampu milik, Proton Saga, akan dipasarkan dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD) di Mesir. Menariknya, model ini juga akan dipasang secara tempatan (CKD) di negara tersebut.
Pengumuman ini dibuat dalam satu majlis khas di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam, yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong, Timbalan CEO, Roslan Abdullah serta Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar. Turut hadir ialah Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.
Kerjasama CKD di Mesir


Pemasangan CKD Proton Saga di Mesir bakal dikendalikan oleh syarikat Ezz Elsewedy Automotive Factories (ESAF). Syarikat ini telah menjalinkan kerjasama dengan pengedar Proton di Mesir, Ezz Elarab, pada November tahun lalu. Usaha ini melibatkan pelaburan bernilai AS$15 juta (~RM56.40 juta) dengan kapasiti pengeluaran dijangka mencapai 50,000 unit dalam beberapa tahun akan datang.
Majlis tersebut turut diserikan dengan pelepasan lori-lori yang membawa 120 pek CKD pertama Proton Saga untuk dihantar ke Mesir. Proton berharap dapat menggunakan operasi CKD di Mesir sebagai hab serantau untuk menghasilkan kereta yang akan dipasarkan di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).
Sokongan Program Pembangunan Industri Automotif Mesir
Inisiatif ini juga selari dengan Program Pembangunan Industri Automotif Mesir (AIDP) yang dilancarkan oleh kerajaan Mesir pada November tahun lalu. Fokus utama program ini adalah untuk menggalakkan pemasangan CKD dan mengurangkan kenderaan import sepenuhnya (CBU).



Proton Saga merupakan satu-satunya model Proton yang dipasarkan di Mesir sejak jenama itu kembali ke pasaran tersebut pada November 2018. Sebelum ini, Saga dijual sebagai model CBU dari Malaysia.
Model Saga Versi Pemanduan Sebelah Kiri
Untuk pasaran Mesir, Proton memasarkan Saga versi facelift yang telah dilancarkan pada bulan Disember 2020. Tiga varian ditawarkan iaitu Standard MT, Standard AT dan Premium AT, kesemuanya menggunakan enjin petrol 1.3 liter 4 silinder VVT yang menghasilkan 94 hp dan 120 Nm.
Operasi CKD Proton di Luar Negara
Dengan pengumuman hari ini, Proton kini mempunyai lima operasi CKD di luar negara. Selain Mesir, Proton turut memasang kenderaannya di Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Kenya. Dengan operasi ini, Proton merancang untuk meningkatkan jumlah eksport kepada 10,000 unit dalam beberapa tahun akan datang, berbanding 5,000 unit yang dieksport ke 20 negara pada tahun 2022.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"
Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar
18-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

