Trump Batal Mandat & Inisiatif EV Biden – Langkah 'Tidak Bijak' Jejas Masa Depan EV AS?
![]()
Presiden Donald Trump memulakan pentadbirannya dengan perintah eksekutif penuh kontroversi dengan membatalkan mandat kenderaan elektrik (EV) era Joe Biden. Perintah itu, yang diberi nama “Unleashing American Energy”, membatalkan sasaran jualan 50% EV menjelang 2030 serta menghentikan pembiayaan persekutuan untuk infrastruktur pengecasan EV.
Trump menjelaskan langkah ini bertujuan melindungi pekerja automotif Amerika, menghapuskan kredit cukai EV dan mencabar larangan kenderaan petrol di California. Menurut beliau, tindakan tersebut mampu “menyelamatkan pekerjaan” dan memulihkan ekonomi negara.
Langkah Trump Dipertikaikan
Namun, pakar industri melihat langkah ini dengan skeptikal lebih-lebih lagi kerana berbilion dolar telah dilaburkan dalam pembangunan kilang dan rantaian bekalan EV.
“Peralihan ini tidak dapat dihentikan,” kata K. Venkatesh Prasad dari Pusat Penyelidikan Automotif.

Industri automotif AS kini berada dalam fasa transformasi secara besar-besaran, dengan tekanan untuk bersaing dengan pengeluar antarabangsa seperti China yang lebih jauh ke hadapan dalam pengeluaran EV. Kilang-kilang EV yang telah dibangunkan adalah pelaburan jangka panjang, menjadikan sebarang perubahan drastik amat mencabar.
Namun, syarikat seperti Stellantis menyambut baik langkah tersebut dan menyifatkannya sebagai “sangat positif”. Syarikat gergasi lain seperti Ford dan General Motors mengambil pendekatan lebih berhati-hati.
Impak Terhadap Peluang Pekerjaan
Kesatuan pekerja seperti United Auto Workers (UAW) turut berbelah bahagi. Walaupun bimbang risiko kehilangan pekerjaan, mereka terbuka untuk bekerjasama dengan Trump, terutamanya dalam isu dasar perdagangan.
Sebahagian pengkritik mendakwa bahawa pengeluaran EV memerlukan tenaga kerja yang lebih kecil berbanding kenderaan tradisional, sekali gus berpotensi mengurangkan peluang pekerjaan.

Laporan daripada America First Policy Institute mendakwa dasar EV Biden boleh menyebabkan 200,000 individu kehilangan mata pencarian. Walaupun begitu, penganalisis lain berpendapat bahawa ekosistem EV, termasuk pembuatan bateri, rantaian bekalan dan infrastruktur, secara keseluruhannya berpotensi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.
Berisiko Jejas Masa Depan Industri Automotif AS
-full.jpg)
Walaupun keputusan Trump bertujuan melindungi ekonomi tradisional, pakar berpendapat bahawa ia sebenarnya banyak memberikan kesan negatif terhadap masa depan industri EV di Amerika Syarikat.
Sebarang kelewatan dalam penerapan teknologi EV akan menyebabkan AS semakin ketinggalan dalam perlumbaan untuk mengukuhkan semula kedudukan mereka sebagai pemimpin dalam industri automotif global.
Baca: Toyota Jenama Kereta Paling Bernilai Dunia – Tesla Semakin Merudum
Sumber: The Spokesman-Review , Innovation News Network
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Trump Puji Reka Bentuk Kereta Kecil Di Malaysia, Jepun dan Korea Selatan
Trump mengumumkan kelulusan segera bagi pengeluaran kereta kecil di negara itu, selepas mengamati populariti model seumpama itu dalam lawatannya di Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan beberapa negara lain, baru-baru ini.
05-12-2025
Demi Kredit Cukai EV, Hyundai Motor, LG Energy Bina Kilang Bateri Di Amerika Syarikat
Hyundai Motor Group dan LG Energy Solution labur AS$4.3 bilion bagi pembinaan kilang bateri kenderaan elektrik (EV) di AS.
26-05-2023
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

