- Berita
- Kereta Baru
- Tesla Model Y 'Juniper' Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM195,450, Penghantaran Mula April
Tesla Model Y 'Juniper' Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM195,450, Penghantaran Mula April

Akhirnya, kenderaan elektrik (EV) terlaris di dunia, Tesla Model Y yang telah dikemaskini, dilancarkan di Malaysia. Model yang diberi kod nama ‘Project Juniper’ ini diperkenalkan secara rasmi di Pavilion Damansara Heights.
Model Y versi facelift ini telah dibuka untuk tempahan sejak pelancaran globalnya bulan lalu. Untuk pasaran Malaysia, dua varian ditawarkan iaitu Model Y RWD dan Model Y Long Range AWD yang masing-masing dijual pada harga daripada RM195,450 dan RM242,450, tidak termasuk pilihan tambahan dan insurans.
Baca: Tesla Jalin Kerjasama Dengan 45 Pembekal Tempatan – Cerminkan Keyakinan Terhadap Pasaran EV Malaysia
Penghantaran Bermula April Ini
Penghantaran pertama dijadualkan bermula pada bulan April. Unit awal yang dihantar merupakan edisi khas ‘Launch Series’, yang hadir dengan beberapa ciri eksklusif seperti logo khas di bahagian belakang, logo pencahayaan bawah pintu, plat pelindung bawah di bahagian sisi, serta balutan kulit vegan pada papan pemuka (dashboard).

Edisi khas ini juga dilengkapi dengan fungsi ‘Acceleration Boost’, yang memberikan peningkatan kuasa sementara. Bagaimanapun, Tesla tidak menyatakan jumlah unit ‘Launch Series’ yang akan dihasilkan, hanya menyatakan bahawa ia ditawarkan hanya selama sebulan.
Prestasi & Jarak Pemanduan

Varian RWD boleh melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa sepantas 5.9 saat dengan jarak pemanduan maksimum 466 km (WLTP).
Sementara itu, varian Long Range AWD pula boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat dengan jarak pemanduan maksimum 551 km (WLTP).
Baca: EVE Energy Malaysia Bakal Sediakan Bateri Untuk Tesla – Kilang Di Kedah, 2,000 Peluang Kerjaya
Rekaan Lebih Menawan





Perubahan paling ketara pada Model Y ‘Juniper’ adalah pada reka bentuk luarannya, dengan penambahan bar lampu berkelebaran penuh di bahagian hadapan. Selain itu, kedua-dua bahagian hadapan dan belakang diberikan sentuhan semula, termasuk cermin belakang serta pilihan rim 19 dan 20 inci.
Ruang Kabin Sarat dengan Ciri Menarik

Seterusnya, ruang kabin Model Y kelihatan persis sedan Model 3 facelift. Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuk skrin infotainmen 15.4 inci yang lebih besar, pencahayaan ambien, tempat duduk dengan fungsi pengudaraan serta skrin 8 inci tambahan di bahagian belakang untuk kemudahan penumpang.
Turut dipertingkatkan ialah penggunaan kaca akustik dua lapisan, tempat duduk belakang dengan fungsi tumbang secara automatik, serta tahap penebatan bunyi, getaran, dan kekasaran (NVH) yang lebih baik melalui penggunaan rim dan tayar baharu, serta struktur badan yang diperbaharui.
Pilihan Tambahan & Harga Jualan di Malaysia

Tesla Malaysia turut menawarkan beberapa pilihan tambahan seperti:
- Empat pilihan warna badan (antara RM5,000 hingga RM11,000)
- Tema putih untuk ruang kabin (RM5,000)
- Rim ‘Helix 2.0’ 20 inci (RM11,000)
- Sistem pemanduan autonomi:
- Enhanced Autopilot (RM16,000)
- Full Self Driving (RM32,000)
Semua unit Model Y untuk pasaran Malaysia akan dihasilkan di Gigafactory Shanghai, China. Seperti yang dinyatakan di awal artikel, harga jualan model ini bermula daripada RM195,450 bagi untuk varian RWD dan RM242,450 untuk varian Long Range AWD, tidak termasuk pilihan tambahan dan insurans.
Baca: Tesla Takeover Asia 2025 Bakal Berlangsung Di Malaysia 22-23 Feb Ini
Baca: Tesla Model Y: Tesla Model Y 2025 Atau Model Y 2024? Mana Satu Pilihan Pembeli?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?
Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.
07-01-2026
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

