- Berita
- Kereta Baru
- EV Paling Mampu Milik Malaysia, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM56,800
EV Paling Mampu Milik Malaysia, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM56,800

Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
Proton e.MAS 5 hadir dalam dua varian iaitu Prime dan Premium dimana masing-masing dijual pada harga RM59,800 dan RM72,800.


Bagaimanapun, sempena pelancaran istimewa dengan rebat RM3,000, varian Premium dijual pada harga cuma RM69,800 manakala Prime pula hanya RM56,800. Namun harga dengan rebat ini hanya sah hingga 31 Disember 2025.
Lebih menarik ia hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama enam tahun, waranti bateri dan komponen 8 tahun atau 160,000km
.
Malah, Pro-Net turut menawarkan SPower Packs eksklusif bernilai sehingga RM 8,000 untuk pelanggan terawal iaitu pakej Power Xchange iaitu rebat RM2,000 untuk pelupusan kenderaan lama yang tidak lagi layak di jalan raya, Power Online (Data Internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800), Power Financing Pembiayaan 5 tahun dengan kadar faedah 1.98% melalui Proton Commerce bernilai RM1,700, Power Home (Pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500) dan Power Trade-in – Rebat tukar beli eksklusif melalui Carsome bernilai RM1,000.

Mengenai varian Prime, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti LFP 30.12kWh serta motor 58kW (79PS) dan tork 130Nm. Dengan bateri terbabit, ia mampu menawarkan pemanduan sejauh 225km (WLTP) dan kelajuan maksimum 125km/j.
Sementara itu, varian Premium menggunakan motor elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 116PS dan 150Nm. Ia yang disumbat dengan bateri LFP CATL berkapasiti 40.16kWj, memberikan jarak sehingga 325km (WLTP. Ia dan pecutan 0-100km/j dalam 3.9 saat, dengan kelajuan maksimum 135km/j.
Susun atur pacuan roda belakang bersama Global Traction Control System (G-TCS) pula memastikan kestabilan serta kawalan yang baik di pelbagai keadaan jalan.
Kedua-dua varian ini turut hadir dengan ruang frunk 70L, ruang simpanan bawah tempat duduk belakang 28L, ruang but antara 375L namun boleh dibesarkan kepada 1,320 liter sekiranya kerusi belakang direbahkan.
Menjengah luarannya, ia kelihatan montok dan comel kerana bentuknya yang bulat. Ia dipadankan dengan lampu hadapan dan belakang LED sepenuhnya, rim dua tona bersaiz 16 inci, serta kemasan hitam ala SUV pada bampar, skirt sisi dan lengkungan roda.



Mengenai kabin, yang penting ia hadir dengan sokongan Apple CarPlay, Android Auto, infotainmen 14.6 inci Full HD dengan sistem Atlas Auto OS, peta pengecasan EV masa nyata, sokongan aplikasi Proton e.MAS, tempat duduk kulit sintetik (leatherette), sistem pacuan roda belakang (RWD), dan suspensi belakang jenis multi-link.
Ia juga dilengkapi dengan instrumen digital 8.8 inci dan Proton e.MAS 5 ini juga memberi respons kepada arahan suara dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Dengan adanya aplikasi Proton e.MAS, ia ymembolehkan akses kepada fungsi utama kenderaan, daripada melihat status bateri sehingga menyejukkan kabin sebelum perjalanan.



Rekaan dalaman bergaya minimalis yang diinspirasikan daripada ruang santai hadir dalam warna Flint Grey bagi warna luaran Moonstone White, Graphite Silver dan Slate Grey. Bagi Proton e.MAS 5 Premium pula, dua pilihan warna Marble Cream dan Quartz Rose dipadankan dengan bahagian dalaman berwarna Alabaster White.


Kabin ini juga menggabungkan rekaan ergonomik dengan 32 ruang penyimpanan.
Dari segi dimensi, e.MAS 5 berukuran 4,135 mm (Panjang), jarak roda 2,650 mm, lebar 1,805 mm dan tinggi 1,570 mm sekali gus menjadikannya hampir sama dengan saiz Proton Iriz.

Dari segi pengecasan, anda jangan risau kerana kedua-dua varian menyokong pengecasan AC 6.6 kW, manakala pengecasan pantas DC pada 53 kW (Prime) dan 71 kW (Premium dimana bateri boleh dicas dari 30 peratus hingga 80 peratus dalam masa 21 minit.


Mengenai ciri keselamatan, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan. Ia hadir dengan sistem bantuan ADAS yang terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Perlanggaran depan/belakang, Bantuan Tukar Lorong, Titik Pemantau Buta dan banyak lagi.
Jika berminat untuk mendapatkan EV paling murah di Malaysia ini, segeralah tempah!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL8015
SELANGOR
BSS9814
JOHOR
JC7067J
PULAU PINANG
PSE8513
PERAK
APK7857
PAHANG
CFH4930
KEDAH
KGH6349
NEGERI SEMBILAN
NEL4984
KOTA KINABALU
SJT6099
KUCHING
QAB4256P
Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan
Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...
03-06-2026
Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV
Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.
22-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.
30-04-2026
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
