ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Hilux Tiba-Tiba Rempuh Alza, Gerai Jualan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Gara-gara pengsan seketika, seorang pemandu Toyota Hilux bertindak secara tiba-tiba masuk laluan bertentangan lalu merempuh  sebuah Perodua Alza dan deretan gerai jualan di Taman Jenaris, Kajang semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pemandu Hilux berusia 39 tahun sebenarnya pengsan akibat tidak makan.

“Sebaik tersedar, pemandu Hilux yang panik terus menekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu melanggar sebuah Alza lalu masuk ke laluan bertentangan menyebabkan ia turut merempuh beberapa gerai jualan.

“Mujur, tiada kemalangan jiwa namun kenderaan mereka mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan bampar,” katanya.


Susulan itu, hasil ujian mendapati pemandu Hilux tidak berada di bawah pengaruh alkohol manakala, ujian saringan air kencing juga negatif dadah.

Sementara itu, video berdurasi satu minit 20 saat menunjukkan Toyota Hilux berkenaan mengeluarkan asap menyebabkan beberapa orang awam cuba memberikan bantuan.


Tidak lama kemudian, pacuan empat roda itu dilihat secara tiba-tiba merempuh sebuah Perodua Alza berwarna merah dan beberapa deretan gerai jualan.

Kes itu kini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM6394

SELANGOR

BSG8054

JOHOR

JYE5475

PULAU PINANG

PRT1326

PERAK

ANY7584

PAHANG

CFD1014

KEDAH

KGB6553

NEGERI SEMBILAN

NEG6463

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8574L

Terakhir Kemas Kini 06 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

EURO 5 B7

RM 3.11

Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Global

04-08-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Global

02-01-2025
Kereta Baru

16-08-2024
Global

20-03-2024
Global

02-02-2024
Berita Auto

08-12-2023
Global

16-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025
Berita Auto

Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini

Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5.

05-08-2025
Berita Auto

Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025

Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

05-08-2025
Berita Auto

Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut

Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.

05-08-2025
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

04-08-2025
Berita Auto

2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

04-08-2025
Berita Auto

Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.

04-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.