ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

RON 95, RON 97 Naik Lima Sen

Suhana Veru

Kongsi melalui

Harga runcit petrol RON 95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen berkuat kuasa tengah malam ini hingga 3 Mac depan.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit RON95 sebelum ini RM2.00 seliter dinaikkan kepada 2.05 seliter sepanjang tempoh itu.

“Harga runcit  RON97 dinaikkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.35 seliter. Bagaimanapun, harga runcit diesel pula kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya dalam satu kenyataan.

Lazimnya, penetapan harga runcit produk petroleum dijalankan secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Menurut kenyataan itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

“Kerajaan akan terus memantau perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara,” katanya. 





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPH569

SELANGOR

BSF6401

JOHOR

JYA8701

PULAU PINANG

PRR6532

PERAK

ANW8627

PAHANG

CFC2518

KEDAH

KGB674

NEGERI SEMBILAN

NEG2922

KOTA KINABALU

SJL3864

KUCHING

QAB5415L

Terakhir Kemas Kini 24 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.14

+0.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.81

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.01

+0.07

Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025

Berita Terkini

Berita Auto

Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup

Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.

24-06-2025
Berita Auto

Pemegang MyLesen B2 'Rempit' Bakal Kehilangan Lesen?

JPJ kini sedang meneliti kemungkinan untuk membatalkan lesen motosikal yang diperoleh melalui Program MyLesen B2 sekiranya pemegang lesen melanggar peraturan jalan raya.

24-06-2025
Berita Auto

Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ditutup Sebab Pesawat TUDM Tergelincir

Landasan di KIA ditutup sementara susulan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir di landasan.

23-06-2025
Berita Auto

JPJ Audit 500 Syarikat Pengendali Bas, Lori – Pematuhan Keselamatan, Saman Tertunggak

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan pemeriksaan dan audit keselamatan terhadap 500 syarikat pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan Kenderaan Perdagangan Barangan (KPB).

23-06-2025
Berita Auto

Curi Kabel ECRL, Menteri Pengangkutan Sudah Arah Ambil Tindakan Tegas

Gara-gara kecurian kabel, kegiatan itu sebenarnya boleh menjejaskan perancangan dan jadual operasi tren projek ECRL.

23-06-2025
Berita Auto

Sah! Aerotrain KLIA Bakal Operasi 1 Julai Ini," - Loke

Penangguhan operasi sebelum ini adalah berdasarkan hasil ujian teknikal yang memerlukan penambahbaikan.

23-06-2025
Berita Auto

Anda Kini Boleh Isi Minyak, Bayar Terus Guna TNG eWallet, Kini Tersedia Di Lebih 1,000 Stesen Minyak Petronas

Ciri baharu ini boleh diakses melalui program mini ‘PETRONAS via Setel’ yang tersedia dalam aplikasi TNG eWallet.

23-06-2025
Berita Auto

Tular: Nenek Pandu Proton X50 Di Lorong Motosikal, Sah Tersilap Masuk Lorong

Seorang wanita warga emas dirakam memandu Proton X50 di laluan motosikal di Jambatan Kedua Pulau Pinang, kelmarin.

23-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.