- Berita
- Berita Auto
- Mampukah Volkswagen Group Mengatasi Tesla Di Bawah Kategori Plug-In Bateri Elektrik Tahun Ini?
Mampukah Volkswagen Group Mengatasi Tesla Di Bawah Kategori Plug-In Bateri Elektrik Tahun Ini?
Volkswagen Group hampir berjaya mengatasi Tesla Inc dalam jualan keseluruhan kereta di bawah kategori plug-in elektrik (BEV+PHEVs) antarabangsa.
Walaupun syarikat gergasi kereta elektrik Tesla Inc telah berjaya mendapat tempat pertama bagi kesemua kategori kereta bateri elektrik (BEV) dan juga BEV+PHEV, jumlah jualan Volkswagen Group juga tidak jauh di belakang.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan EV Sales Blog, Tesla telah menjual sebanyak 499,535 unit BEV+PHEV pada tahun lalu, manakala Volkswagen Group pula telah mencatatkan jumlah jualan mencecah 421,591 unit, kurang 77,944 unit daripada Tesla. Angka ini menunjukkan bahawa Tesla memegang 16 peratus bahagian pasaran dan Volkswagen Group pula 13 peratus.
Pencapaian akhir ini berbeza daripada prestasi jualan awal Volkswagen Group pada suku keempat tahun lalu yang menunjukkan jualan mencecah 191,000 unit berbanding Tesla 183,000.. Sebagai sebuah syarikat yang pernah berada pada tempat pertama, adakah Volkswagen Group dapat mengatasi Tesla pada tahun ini?
Lima pengeluar kereta BEV-PHEV terbaik telah mencatatkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 1.61 juta unit pada tahun 2020. Dengan Tesla dan Volkswagen Group berada pada dua kedudukan teratas, tangga yang seterusnya diduduki oleh SAIC Motor Corp Ltd dengan jumlah jualan sebanyak 272,210 , diikuti oleh Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance dengan jualan 226,975 unit dan akhir sekali BMW Group sebanyak 195,979.
Untuk kategori BEV, Tesla bukan sahaja berada pada kedudukan pertama dengan jumlah jualan sebanyak 499,535 unit dan 23 peratus bahagian pasaran (hasil jualan yang dua kali lebih tinggi berbanding SAIC), namun syarikat ini masih mampu mengekalkan peratusan bahagian pasarannya.

Sementara itu, SAIC yang berada di kedudukan kedua dan Volkswagen Group di kedudukan ketiga memiliki peratusan bahagian pasaran yang sama iaitu sebanyak 11 peratus dengan jumlah jualan sebanyak 243,201 unit (SAIC) dan 227,394 unit (Volkswagen Group). Ini diikuti oleh Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance dengan jualan sebanyak 172,673 unit (8 peratus bahagian pasaran), dan akhir sekali BYD yang telah berjaya menjual sebanyak 131,705 unit kereta dengan 6 peratus bahagian pasaran.


Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah adakah Tesla mampu mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar kereta dengan jumlah jualan tertinggi bagi tahun 2021 dalam situasi persaingan yang kian sengit ini? Ini kerana, banyak produk baharu mula diperkenalkan oleh pesaing dan juga banyak syarikat sedang merancang untuk menghasilkan kereta elektrik. Beritahu kami apakah pendapat anda!

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU6994
SELANGOR
BSU5161
JOHOR
JG1390J
PULAU PINANG
PSG5987
PERAK
APM3957
PAHANG
CFJ1762
KEDAH
KGJ5290
NEGERI SEMBILAN
NEM3477
KOTA KINABALU
SJU6302
KUCHING
QAB7870P
Terakhir Kemas Kini 21 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Berita Terkini
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang
Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.
20-10-2026
Malaysia Catat Sejarah: RoboVan Tanpa Pemandu Bakal Diguna
Van Logistik Tanpa Pemandu Pertama Bakal Diguna Di Malaysia.
20-10-2026
Heritage Motor Exchange Asia 2026: 50 Kereta Klasik Dipamer
Heritage Motor Exchange Asia 2026: Tarikh, Tiket & Kategori Kereta.
20-10-2026
Ada Berita Baik, Diskaun Tiket ECRL 30% Bulan Pertama Operasi Disember Ini
ECRL Mula Operasi Disember: Nikmati Diskaun Tiket 30%.
20-10-2026
Mercedes Mahu F1 Sepang Kembali — Ini Respon Pakar Lampu Pula
F1 Sepang: Bakal Kembali Ke Sepang Dengan Perlumbaan Malam?
20-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge