PBD Menang Anugerah Platinum Jenama Putra 2020
Petronas Dagangan Berhad (PBD) merangkul sekali lagi Anugerah Platinum Jenama Putra di bawah kategori Bahan Api Automotif, Pelincir dan Aksesori untuk tahun ke- 11 secara berturut-turut dalam satu majlis anugerah berprestij yang diadakan baru- baru ini.
![]()
Syarikat itu berjaya meraih kemenangan secara berturut-turut berikutan penambahbaikan berterusan terutamanya dalam bahan api Petronas Primax dan bahan pelincir Petronas Syntium sekali gus menyakinkan pelanggan terhadap jenama berkenaan sejak bertahun-tahun.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PBD, Azrul Osman berkata, pihaknya komited untuk menawarkan produk dan tawaran lebih bermutu bagi memenuhi keperluan pelanggan pada masa ini dan akan datang bagi memastikan Petronas kekal menjadi pilihan.
“Di PBD, misi kami adalah memberikan pengalaman lancar selain mengurangkan geseran kepada para pelanggan,” katanya.
Menerusi pengenalan Petronas Primax 97 dengan Pro-Race, ia dikatakan adalah antara bahan api terbaik syarikat yang direka bentuk untuk memenuhi permintaan enjin berteknologi tinggi pada masa kini sekali gus memberikan prestasi lebih berkuasa, responsif dan efisien.
Tambah beliau, prestasi produk tersebut telah dibuktikan para pelanggannya menerusi satu siri ujian yang dijalankan dimana mereka bersetuju bahawa Petronas Primax 97 dengan Pro-Race merekodkan prestasi yang luar biasa berbanding bahan api premium yang lain di pasaran.
“Gabungan Primax dan Syntium Petronas yang memenangi anugerah itu telah digunakan oleh pasukan kereta lumba Formula One Mercedes -AMG Petronas untuk memenangi kategori Pengeluar Kejohanan Formula One buat kali ketujuh pada tahun 2020,” katanya.
Malah, bendalir Teknologi Petronas juga mengandungi di dalam rangkaian produk pelincir. Formulasi yang baru dibangunkan itu dicipta khas untuk Petronas Syntium dan Petronas Sprinta bagi memenuhi perubahan keperluan pemanduan pelanggan dan enjin.
Malah, pelincir baharu Petronas Syntium yang diformulasikan dengan CoolTech dibangunkan seiring dengan pemanduan yang lebih moden.
Ia direka untuk meningkatkan keupayaan rangkaian enjin minyak bagi mengurangkan kepanasan enjin berlebihan selain mengoptimumkan kecekapan bahan bakar dengan memastikan komponen enjin sentiasa sejuk.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge