- Berita
- Berita Auto
- Terkejut Terjumpa Bekas Gurunya Kini Tinggal Di Dalam Kereta, Lelaki Ini Kumpulkan Dana Sehingga RM 110K!
Terkejut Terjumpa Bekas Gurunya Kini Tinggal Di Dalam Kereta, Lelaki Ini Kumpulkan Dana Sehingga RM 110K!
Seorang guru dapat mengubah hidup seseorang buat selamanya dan untuk ke arah yang lebih baik, namun kadangkala dalam kehidupan ini sebaliknya yang berlaku.

Seorang lelaki di California, Amerika Syarikat berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM 110,929.50 (USD 27,000) untuk bekas guru gantinya selepas mengetahui bahawa seorang lelaki tua berusia 77 tahun itu tinggal di dalam keretanya kesan daripada pandemik Covid-19.
Guru tersebut, Jose Villarruel berkata dia sangat gembira kerana menerima sejumlah wang yang besar hasil sumbangan orang ramai melalui dana yang diwujudkan oleh Steven Nava, bekas pelajarnya di Fontana Unified School District.
Nava, 21, memberitahu Fox 11 bahawa dia ternampak seorang lelaki tua duduk di dalam kereta di sebuah kawasan meletak kereta yang tidak jauh dari rumahnya hampir setiap hari pada awal bulan Mac dan sangat terkejut selepas mengetahui bahawa lelaki tua tersebut adalah gurunya sendiri yang pernah mengajar subjek matematik semasa di sekolah.
Villarruel atau lebih dikenali sebagai "Mr. V" oleh pelajarnya telah meletakkan jawatannya sebagai guru pada musim bunga tahun lepas selepas daerah tersebut beralih kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
"Saya menghantar surat peletakan jawatan pada bulan Mei. Selesaikan semua kertas kerja serta mengaturkan semua yang perlu untuk mendapatkan wang persaraan. Saya telah pun menerima cek, namun cek tersebut tidak bertahan lama kerana hutang yang ada."
Menurut KNTV, satu-satunya saluran pendapatan Villarruel adalah cek yang diterima secara bulanan daripada pihak Keselamatan Sosial (Social Security) yang kebanyakannya dihantarkan kepada isteri yang sedang sakit di Mexico.
Terdorong untuk melakukan perubahan, Nava memberikan RM 1,232.25 (USD 300) sejurus selepas mengetahui kisah sebenar dan membantu bekas gurunya itu mencari sebuah hotel untuk bermalam. Kemudian, Nava mengambil inisiatif untuk menghasilkan GoFundMe, sebuah sesawang pendanaan awam untuk mengumpulkan wang sumbangan.
"Saya memiliki misi untuk membantu guru-guru yang sedang menghadapi kesusahan semasa pandemik," katanya.
"Dalam masa hanya 24 jam, kami berjaya mengumpulkan sehingga RM 20,537.50 (USD 5,000) dan dalam tiga hari pula telah mencapai sebanyak RM 106,795 (USD 26,000)."
Villarruel seolah-olah tidak percaya dengan nasibnya. "Pada awalnya, saya terfikir-fikir, 'Adakah saya bermimpi?' Saya masih lagi tak dapat menerima kenyataan," kata Villarruel.
Sumber: NY Post
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1817
SELANGOR
BST1296
JOHOR
JC8435J
PULAU PINANG
PSE9277
PERAK
APK8472
PAHANG
CFH5129
KEDAH
KGH6528
NEGERI SEMBILAN
NEL5286
KOTA KINABALU
SJT6375
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat