- Berita
- Berita Auto
- Honda Malaysia Berkolaborasi dengan Pestle & Mostar Clothing dalam Pelancaran Barangan Edisi Khas untuk "1 Million Dreams Campaign"
Honda Malaysia Berkolaborasi dengan Pestle & Mostar Clothing dalam Pelancaran Barangan Edisi Khas untuk "1 Million Dreams Campaign"
Honda Malaysia memperkenalkan Barangan Edisi Khas keluaran rasmi Honda – One Million Dreams Collection. Pengeluaran barangan ini dibuat untuk meraikan kejayaan syarikat kerana mencapai jumlah jualan sebanyak satu juta unit. Barangan isitimewa ini akan ditawarkan secara eksklusif di platform jualan Shopee bermula 1 April, 2021.
“1 Million Dreams Campaign” telah dilancarkan bukan hanya untuk meraikan pencapaian jualan satu juta unit, tetapi juga untuk berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap jenama Honda. Untuk menjayakan kempen ini, kami berkolaborasi dengan jenama pakaian tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC) buat julung kalinya untuk melancarkan One Million Dreams Collection. Rekaan pakaian yang dihasilkan PMC cukup bergaya dan menarik, ini akan menjadikan One Million Dreams Collection lebih menonjol. Koleksi yang diketengahkan bertujuan untuk menunjukkan penghargaan kami kepada rakyat Malaysia yang telah bersama-sama dengan Honda Malaysia dalam merealisasikan pencapaian jualan sebanyak satu juta unit.
"Honda Malaysia berasa sangat terdorong atas kepercayaan yang diberikan, dan berjanji untuk terus menjadi sokongan penting yang boleh dipercayai oleh pelanggan dalam kehidupan seharian. Koleksi ini diilhamkan daripada perjalanan Honda Malaysia sebagai sebuah syarikat yang telah menyentuh lebih daripada satu juta kehidupan rakyat Malaysia yang membawa maksud satu juta orang telah pun merasai pengalaman menaiki atau memandu Honda pada mana-mana saat kehidupan. Ia menekankan idea 1 Million Dreams yang telah dipandu oleh satu juta orang," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.
Syarikat akan menawarkan ganjaran istimewa kepada pelanggan melalui penawaran Baucar Prapelancaran terhad hanya untuk yang terawal bernilai RM20 (bersamaan dengan 2,000 Shopee Coins) sebelum hari pelancaran One Million Dreams Collection.
Untuk menerima Baucar Prapelancaran, pelanggan boleh membuat pendaftaran melalui laman Facebook rasmi Honda Malaysia bermula daripada hari ini hingga 28 Mac, 2021. Pelanggan akan mula menerima kod baucar pada 31 Mac 2021.
Walau bagaimanapun, 1001 pelanggan pertama sahaja yang boleh menggunakan kod baucar untuk membeli Barangan Edisi Khas Rasmi Honda di Shopee. Koleksi unik dan eksklusif One Million Dreams Collection ini terdiri daripada enam produk yang sesuai untuk lelaki dan perempuan seperti topi bucket yang boleh diterbalikkan, kantung leher (neck pouch), baju berkolar, baju lengan panjang dan lengan pendek, serta jaket.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli barangan rasmi Honda dan barangan siri ‘TEI’ melalui kedai rasmi Honda Malaysia di Shopee, turut akan menerima pakej khas dalam harga istimewa. TEI merupakan koleksi yang pernah dikeluarkan pada musim lalu yang dinamakan "Challenging Spirit."
Jangan lupa untuk mencuba nasib anda dalam mendapatkan baucar prapelancaran bermula daripada 17 Mac hingga 28 Mac, 2021 nanti! Kod baucar sah untuk digunakan bemula 1 April hingga 7 April, 2021 (Tertakluk kepada terma dan syarat).
Pelanggan yang berminat boleh melayari kedai rasmi Honda Malaysia di Shopee dan laman Facebook rasmi Honda Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari honda.com.my
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG7493
SELANGOR
BSR7301
JOHOR
JA5411J
PULAU PINANG
PSD9558
PERAK
APJ9785
PAHANG
CFH2142
KEDAH
KGH1841
NEGERI SEMBILAN
NEK9745
KOTA KINABALU
SJT1690
KUCHING
QAB2297P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini
Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900
Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.
13-11-2025
Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45
Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.
09-09-2025
SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia
CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.
18-07-2025
Berita Terkini
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama
Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.
21-07-2026
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia
Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.
21-07-2026
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit
LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru
21-07-2026
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Stesen Sentral Seremban Bakal Siap Mac Depan.
21-07-2026
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat