Hyundai Motor Group Memperkenalkan Kenderaan Mobiliti Kelas Atas TIGER Tanpa Kru
Hyundai Motor Group telah memperkenalkan kenderaan mobiliti kelas atas (UMV) yang kedua iaitu TIGER (Transforming Intelligent Ground Excursion Robot atau Mengubah Robot Pengembaraan Darat Pintar).

Kenderaan ini ialah rekaan pertama yang telah dihasilkan tanpa memerlukan kru dan boleh membawa pelbagai jenis muatan semasa bergerak di atas laluan yang mencabar.
Pada masa ini, TIGER sedang dalam proses untuk dikeluarkan di New Horizons Studio milik Hyundai Motor Group yang berpangkalan di Mountain View, California. Studio ini telah diwujudkan pada penghujung tahun 2020 untuk dijadikan tempat kajian UMV dijalankan dan juga untuk tujuan pengeluarannya.

Tujuan lain penubuhan studio ini adalah untuk pembangunan teknologi seperti gerak alih roda-kaki, struktur dan material berprestasi tinggi, sistem kuasa berprestasi tinggi, sistem badan dan kerangka, sistem pembangunan dan penilaian maya, serta rekaan dan juga sistem berasaskan manusia.
"Kenderaan seperti TIGER, dan juga teknologi yang menyokong kenderaan jenis ini, dapat membuka ruang kepada kami untuk menjadi lebih kreatif," kata ketua New Horizons Studio, Dr. John Suh. "Kami sentiasa mencari cara untuk memikirkan semula reka bentuk dan juga pembangunan kenderaan di samping berusaha untuk menentukan masa depan pengangkutan dan mobiliti."
Antara ciri penting yang dimiliki oleh TIGER termasuklah teknologi gerak alihnya yang merupakan gabungan sistem kaki dan roda. Ciri lain yang menarik adalah kawalan arah 360 darjah, beberapa buah sensor untuk pemerhatian jarak jauh, serta sambungannya dengan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang boleh dicas sepenuhnya dan menghantar TIGER ke lokasi yang sukar untuk dijangkau.
Selain itu, kenderaan mobiliti ini juga boleh digunakan untuk mengangkut barangan untuk tujuan penghantaran. Ia juga boleh dimanfaatkan untuk menghantar pakej pertolongan sekiranya berlaku sebarang hal kecemasan disebabkan oleh saiz muatan pada badannya yang cukup besar.
Ciri unik lain yang dimilikinya ialah kaki yang boleh ditanggalkan daripada kenderaan untuk membolehkannya bergerak sebagai sebuah kenderaan pacuan semua roda (AWD). Namun sekiranya berada di atas permukaan yang sukar untuk dilalui, kenderaan ini boleh menggunakan kemampuannya untuk berjalan dengan menggunakan kaki.



Ciri unik ini dapat dilihat buat pertama kalinya semasa pelancaran konsep UMV Hyundai dengan kaki (boleh gerak), Elevate yang diperkenalkan semasa acara Consumer Electronic Show (CES) pada tahun 2019. Kedua-dua kenderaan ini memiliki ciri yang sama kerana mereka merupakan gabungan antara teknologi robotik dan juga gerak alih bertayar dengan satu ciri yang berbeza yang mana Elevate boleh digunakan untuk mengangkut penumpang (TIGER hanyalah untuk barangan).
Versi pertama TIGER yang dinamakan TIGER X-1 telah direka bentuk di New Horizons Studio milik Hyundai Motor Group yang terletak di Silicon Valley. X dalam nama TIGER versi yang pertama ini adalah diambil daripada perkataan eksperimen dalam bahasa Inggeris. Syarikat Hyundai juga turut bekerjasama dengan syarikat kejuruteraan penghasilan perisian, Autodesk.


Naib presiden strategi perniagaan bagi reka bentuk dan pengeluaran Autodesk, Srinath Jonnalagadda berkata, apa yang dimaksudkan bila bercakap tentang membentuk kemungkinan baharu ialah usaha kerjasama yang dilakukan dengan pasukan Hyundai dalam penghasilan kenderaan TIGER X-1 yang menggunakan teknologi termaju seperti reka bentuk generatif untuk menjangkau batasan kekuatan, namun dalam masa yang sama mengurangkan berat pengangkutan. Tambahnya lagi, teknik reka bentuk, kejuruteraan dan juga pengeluaran terbaharu yang ditawarkan oleh Autodesk Fusion 360 dapat membantu pasukan moden dalam berkolaborasi untuk menuju ke arah proses penghasilan dengan lebih cepat dan efisien.
Disebabkan kenderaan ini mengutamakan mobiliti, pasukan yang bersama-sama terlibat cuba untuk menghasilkan bahagian luaran kenderaan yang ringan tapi kukuh. Dalam masa yang sama, untuk mencapai tujuan ini, pasukan menggunakan pencetakan aditif gentian komposit karbon pada bahagian kaki dan juga pada beberapa komponen kerangka lain.
TIGER akan direka bentuk supaya bersedia untuk melalui ujian penilaian permukaan 360 darjah di lokasi bencara alam atau pada permukaan yang unik seperti bulan atau planet-planet lain di angkasa.
Untuk lebih informasi berkaitan TIGER X-1, layari https://www.youtube.com/channel/UCP9ejqW5kzOIl33vpCPQ-kwhttps://www.youtube.com/channel/UCP9ejqW5kzOIl33vpCPQ-kw
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRH4668
SELANGOR
BSR8702
JOHOR
JA8531J
PULAU PINANG
PSE1652
PERAK
APK1841
PAHANG
CFH2613
KEDAH
KGH2664
NEGERI SEMBILAN
NEL1443
KOTA KINABALU
SJT2479
KUCHING
QAB2482P
Terakhir Kemas Kini 26 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 Di Malaysia, Apa Yang Anda Patut Tahu
GP Bahrain' Tapi Di Sepang? Ini Latar Belakang Perlumbaan F1 Yang Bakal Kembali Ke Malaysia!
26-07-2026
BBC Sport Dah Jawab – Sepang Jadi Tuan Rumah F1 Oktober Ini, Menanti Pengumuman Rasmi PMX
Sensasi F1 di Sepang: Hakikat 'Bahrain GP' Di Bumi Malaysia Selepas Hampir Dekad Menyepi.
26-07-2026
Bakal Kembali Ke Sepang? PM Anwar Buat Pengumuman Status F1 Malaysia Esok
F1 Kembali Ke Malaysia? Tunggu Pengumuman PM Anwar Esok.
25-07-2026
Orang PJ, Damansara Boleh Lega, RM44.5 Juta Diluluskan Atasi Isu Banjir Kilat
Kerajaan Lulus RM44.5 Juta Projek Mitigasi Banjir PJ dan Damansara
25-07-2026
Peluang Cerah F1 Kembali ke Sepang? Ganti GP Bahrain Yang Dibatalkan
Ngauman F1 Bakal Gegarkan Litar Sepang Semula? Ini Respon KBS.
25-07-2026
PROTON & e.MAS Buka 10 Cawangan Serentak Dalam Masa 10 Hari
Kembangkan Empayar: PROTON & e.MAS Lebar Sayap, Pecah Rekod Buka 10 Cawangan Dalam 10 Hari.
24-07-2026
Laluan Kereta Api Gemas-Gua Musang Siap Sepenuhnya
Laluan Kereta Api Gemas-Gua Musang Siap Sepenuhnya, Pakej C Masih Tertangguh.
24-07-2026
Ada Bintang Emas Di Plaza Tol? Ini Sebab Kenapa Lorong RFID Ada Bintang Emas?
Selalu Terkandas Dekat RFID? TNG Perkenal Lorong RFID Bintang Emas & Ciri SOS Balance.
24-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat