Tesla Model 3 & Hyundai Kona Electric Akan Digunakan Polis Indonesia
Baru-baru ini Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) dilaporkan akan menggunakan Hyundai Kona Electric sebagai barisan kenderaan peronda Korps Lalu Lintas POLRI. Tetapi dalam laporan yang terbaru, selain model ini, mereka turut akan menggunakan Tesla Model 3.
Dalam laporan yang sama, Hyundai Kona Electric dikatakan akan digunakan oleh pejabat gabenor Jawa Barat Indonesia, manakala Tesla Model 3 pula akan digunakan sebagai kereta peronda Korps Lalu Lintas POLRI.
Sebelum ini, sebanyak tiga buah kereta Hyundai Kona Electric telah pun diberikan oleh Hyundai Indonesia kepada pejabat gabenor Jawa Barat. Ketiga-tiga kereta yang telah diberikan sudah diwarnakan dengan warna yang sesuai dengan badan beruniform tersebut serta dilengkapkan dengan pelbagai peralatan polis.

Model Kona Electric yang digunakan ialah daripada varian Signature (asas) dengan harga RM197, 213 atau 697 juta rupiah. Model ini menggunakan motor elektrik terpasang pada bahagian hadapan dengan kapasiti pengecasan sehingga 100 kW (136 PS/134 hp) kuasa dan juga 395 Nm daya kilas.

Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi pada 155 kmsj dalam masa hanya 9.9 saat. Bateri yang digunakan ialah dari jenis polimer litium ion dengan output 39.2 kWh dan mampu mencapai jarak sejauh 289 km mengikut kitaran WLTP.
Dalam pada itu, dua entiti lain iaitu Ikatan Motor Indonesia (IMI) dan Prestige Image Motorcars telah bergabung dalam menyumbangkan Tesla Model 3 sebagai pinjaman. Model ini turut diseragamkan dan dilengkapkan dengan peralatan polis.

POLRI telah menerima varian Standard Range Plus untuk Tesla Model 3 yang ditawarkan oleh Prestige Image Motorcars dalam harga RM 424, 425 (1.5 bilion rupiah). Model kereta ini dipasangkan dengan motor elektrik pada bahagian belakang dengan kapasiti pengecasan sehingga 211 kW (287 PS/283 hp) kuasa dan juga 450 Nm daya kilas. 
Kereta ini memiliki daya pecutan dari pegun sehingga 100 kmsj dalam masa hanya 5.6 saat dan memiliki kelajuan tertinggi sebanyak 225 kmsj. Tesla Model 3 menggunakan bateri litium ion dengan output sebanyak 54 kWh. Model 3 mampu mencapai jarak sejauh 400 km mengikut kitaran WLTP dengan kos pengecasan serendah RM 19.81 (70, 000 rupiah).
Pada masa ini, hanya Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric sahaja model kereta elektrik yang telah menyertai barisan kenderaan POLRI.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ6340
SELANGOR
BST8165
JOHOR
JE4745J
PULAU PINANG
PSF6587
PERAK
APL5650
PAHANG
CFH7725
KEDAH
KGJ1782
NEGERI SEMBILAN
NEL9216
KOTA KINABALU
SJU1860
KUCHING
QAB5856P
Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?
Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.
07-01-2026
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Berita Terkini
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat