Kejadian berlaku di sebuah lampu isyarat.
Seorang lelaki dibelasah teruk sehingga menyebabkan tujuh giginya patah gara-gara menegur seorang pemandu yang tidak memberikan lampu isyarat di sebatang jalan di Jalan Kolam, Kota Kinabalu.
Mangsa yang berusia 21 tahun itu turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan selepas menegur pemandu Alza yang tidak memberikan lampu isyarat ketika masuk ke lorong laju.
Mangsa yang membawa kereta Honda S660 dikatakan hanya menegur pemandu Alza berkenaan secara baik sebelum keadaan menjadi tidak terkawal di sebuah lampu isyarat.
Berang dengan teguran mangsa, pemandu Alza itu dikatakan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan sebatang besi.
-full.jpg)
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, hasil siasatan juga mendapati suspek memukul mangsa dengan menggunakan sebatang besi.
“Suspek bertindak masuk ke dalam kenderaannya dan terus meninggalkan lokasi kejadian manakala. Mangsa yang cedera dibantu orang awam untuk keluar dari kenderaan.
“Mangsa kemudian menghubungi keluarganya sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Bagaimapun, suspek berusia 36 tahun itu sudah dikenalpasti dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.
Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD3973
SELANGOR
BSR468
JOHOR
JYB2362
PULAU PINANG
PSD2597
PERAK
APJ3645
PAHANG
CFG8447
KEDAH
KGG6223
NEGERI SEMBILAN
NEK7154
KOTA KINABALU
SJS4968
KUCHING
QAB423P
Terakhir Kemas Kini 25 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya
3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.
24-06-2026
Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri
Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.
23-06-2026
Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029
Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.
23-06-2026
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat