Land Rover Memperkenalkan Edisi Terhad Defender Works V8 Trophy
Pengeluar kereta terbesar di UK, Jaguar Land Rover, bercadang untuk melancarkan trak Defender Works V8 Trophy dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 25 unit untuk meraikan legasi ekspedisi 4x4 syarikat.

Pelanggan yang melakukan pembelian V8 Trophy dapat menikmati kemasukan eksklusif dalam pertandingan pengembaraan Land Rover Trophy yang akan diadakan di Eastnor Castle, Herefordshire, United Kingdom. Eastnor Castle ialah lokasi yang sering dijadikan tempat ujikaji kenderaan yang dihasilkan dan dibangunkan oleh Land Rover.
V8 Trophy ialah sebuah kenderaan yang menggunakan enjin petrol berkapasiti 5.0 liter V8 yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF. Model ini turut dilengkapkan dengan brek dan juga kit pengendalian yang telah ditambah baik. Enjin yang digunakan dapat menjana 405 PS pada 6,000 rpm dan 515 Nm daya kilas pada 5,000 rpm.
Individu yang berminat untuk membeli kenderaan ini boleh memilih antara dua rekaan iaitu 90 atau 110 Station Wagon yang didatangkan dalam warna Kuning Eastnor berserta kemasan berwarna Hitam Narvick. Ketegapan kenderaan ini diserlahkan lagi dengan penggunaan rim keluli heavy-duty.
Selain itu, ciri tambahan lain yang terdapat pada kereta ini ialah winch hadapan, sangkar ekspedisi multititik, rak bumbung, perlindungan di bawah badan kenderaan, bar, liang kemasukan udara yang terangkat (raised air intake), lampu sorot dan juga tayar mud-terrain iaitu tayar untuk aktiviti lasak yang sesuai untuk permukaan jalan yang sukar dilalui kenderaan biasa.


Kabin dalaman kenderaan ini dikemaskan dengan trim kulit Windsor berwarna hitam sepenuhnya, tempat duduk sports Recaro dengan jahitan berwarna kuning untuk menambahkan sentuhan kontras. Tidak dilupakan juga muka jam Land Rover Trophy yang dihasilkan oleh Elliot Brown.


Video pelancaran Defender Works V8 Trophy menampilkan Jessica Hawkins, pemandu lagak ngeri dan perlumbaan, yang juga merupakan duta syarikat di samping Bob Ives, pemenang 1989 Camel Trophy.

Harga V8 Trophy bermula daripada RM 955,040 untuk varian 90 di UK.

Untuk maklumat lanjut tentang Defender Works V8 Trophy, anda boleh layari https://www.landrover.com/explore-land-rover/land-rover-classic/index.html
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1758
SELANGOR
BSN4692
JOHOR
JYT4665
PULAU PINANG
PSA6584
PERAK
APG1363
PAHANG
CFF8496
KEDAH
KGE8326
NEGERI SEMBILAN
NEJ8149
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 23 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Tiket ETS Ke Utara Sold Out
Tiket Raya ETS Ke Utara Licin! Tinggal Baki Sikit Sahaja Lagi, Ini Laluan Yang Masih Ada...
19-03-2026
Ingat Boleh Berjimat, Sekali Harga Diesel Pula Melompat RM4.72 Seliter
Diesel naik 80 Sen: Mana lagi sakit, menghadap jammed PLUS atau menghadap meter pam minyak esok?
18-03-2026
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual
Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.
18-03-2026
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Kelantan Cipta Rekod, Dalam 17 Hari, 24,135 Kes Langgar Had Laju
Kurangkan kelajuan di hadapan Istana Negeri Kota Bahru, Kelantan.
17-03-2026
Proton X90 2026 Atau Chery Tiggo 8 PRO, Mana Satu Untuk Anda
Ini perbandingan antara Proton X90 2026 vs Chery Tiggo 8 PRO.
16-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat