Pemuda ditipu scammer
Hasrat seorang lelaki untuk membeli sebuah kereta perodua Kelisa tidak kesampaian apabila dia mengalami kerugian RM4,500 gara-gara ditipu scammer baru-baru ini.

Mangsa, Lau Jian Fa, 29, berkata, dia berminat untuk membeli kereta Kelisa berwarna merah itu selepas ia diiklankan di Facebook pada Sabtu lalu.
Menurutnya, dia tertarik untuk membeli kenderaan tersebut memandangkan ia masih berada dalam keadaan baik selain dijual pada harga RM4,500.
Mengulas lanjut mengenai kes penipuan itu, Lau berkata, scammer itu terdiri daripada dua orang dimana salah seorang daripadanya menyamar sebagai “pengurus jualan” dan “jurujual”.
“Pada mulanya, pengurus jualan mendakwa dia cuma membantu rakannya untuk menjual kereta yang telah dibaiki semula. Saya yang percaya dengan kata-katanya telah membuat pembayaran RM500 sebagai deposit.
“Sebaliknya, scammer itu kemudian meminta bayaran perlu dibuat secara sepenuhnya kerana kereta itu datang dari jauh memandangkan ia dibeli dari sebuah pengedar kereta terpakai di Kelantan,” katanya dia membuat pembayaran itu tanpa melihat keadaan kereta sebenar.
Lau berkata demikian ketika hadir pada sidang akhbar di Pejabat Perkhidmatan Aduan Selangor Youth League.

Oleh itu, dia memasukkan RM4,000 dan telah menerima resit elektronik dengan alamat sebuah pengedar sah yang terletak di sebuah stesen bas lama.
Sebaliknya, selepas dia membuat carian di internet, tiada sebarang alamat mengenai lokasi pengedar kereta di kawasan berkenaan.
Tidak lama kemudian, nombor telefonnya disekat oleh scammer berkenaan. Dia yang sedar ditipu scammer telah membuat laporan polis pada Rabu lalu.
Dia berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera kerana khuatir scammer berkenaan menyalah guna salinan kad pengenalannya.
Difahamkan, scammer itu menggunakan sebuah kereta Kelisa yang telah diubah suai. Gambar itu dimuat turun dari sebuah laman web pengedar jualan kereta terpakai di Johor Bahru.
Harga kenderaan itu sebenarnya adalah RM19,000 tetapi dijual pada harga RM4,500 di bahagian pemasaran Facebook.
Li juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan pembelian barangan secara dalam talian berikutan terdapat banyak akaun palsu bagi tujuan memperdayakan mangsa.
Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama memandangkan kes seumpama itu pernah diadukan menerusi aplikasi Semak Tipu CCID.
Sehubungan itu, polis menggesa pengguna membuat semakan awal seperti akaun bank atau nombor telefon peniaga sebelum pemindahan wang dilakukan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1869
SELANGOR
BSS7356
JOHOR
JC4347J
PULAU PINANG
PSE6972
PERAK
APK6650
PAHANG
CFH4526
KEDAH
KGH5491
NEGERI SEMBILAN
NEL4381
KOTA KINABALU
SJT5404
KUCHING
QAB4036P
Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat