- Berita
- Berita Auto
- Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Disiarkan Secara Langsung Dalam Talian Hujung Minggu Ini
Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Disiarkan Secara Langsung Dalam Talian Hujung Minggu Ini
Aksi di atas dan di luar litar bagi pusingan pertama Festival Perlumbaan Toyota Gazoo akan disiarkan secara langsung di internet.
![]()
Perlumbaan pusingan pertama bagi musim yang keempat ini akan dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang bermula daripada 27 Mac hingga 28 Mac, 2021.
Sebagai langkah untuk mematuhi norma baharu dalam musim pandemik COVID-19, pusingan pembukaan ini ditutup kepada orang awam bagi mengekang penularannya. Sebaliknya, ia dapat ditonton secara dalam talian menerusi laman web dan juga platform media sosial Toyota.

Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K berkata, "Konsep festival ini kekal sama, yang berbeza hanyalah bagaimana ia disampaikan kepada umum di saat-saat yang luar biasa dan mencabar seperti sekarang. Tujuan utama Festival Perlumbaan Toyota Gazoo adalah untuk membawa sukan permotoran kepada orang ramai dan kami akan meneruskan misi ini."
Menurut beliau juga, salah satu kebaikan situasi ini adalah kerana ia memberi peluang untuk festival ini ditayangkan secara langsung bagi tontonan lebih ramai penonton, termasuklah mereka yang berada di luar Malaysia.
"Mereka yang pernah datang ke Festival Perlumbaan Toyota Gazoo pada musim-musim yang lepas telah berbuat demikian atas banyak sebab berbeza. Sesetengahnya datang untuk perlumbaan, yang lain pula datang untuk mendapatkan peluang berjumpa dengan selebriti kegemaran mereka, dan ada juga yang datang kerana banyak aktiviti dan tarikan menarik yang ditawarkan. Untuk masa akan datang, penting untuk kami meneruskan acara ini walaupun secara dalam talian, kerana inilah yang membuatkan festival ini unik dan sebuah kejayaan yang besar," tambahnya.
Pusingan 1 Festival Perlumbaan Toyota Gazoo akan mula ditayangkan pada pukul 8.45 pagi - 12.10 tengahari dan juga 2.00 petang - 6.00 petang pada hari Sabtu. Pada hari Ahad pula, daripada pukul 10.45 pagi - 1.00 tengahari dan 1.30 tengahari - 5.30 petang.
Padat dengan aksi, festival perlumbaan ini akan menampilkan empat kelas perlumbaan iaitu Rookie Class, Promotional Class, Sporting Class dan Super Sporting Class.


Di samping itu, peminat perlumbaan Gazoo turut boleh menantikan perlawanan-perlawanan sengit yang bakal diadakan. Perlawanan yang dimaksudkan ini adalah melibatkan tiga sesi kelayakan dan juga enam perlumbaan individu. Selain itu, penonton turut berpeluang untuk melihat tinjauan pit lane dan juga temu bual bersama pelumba.
Sebagai tambahan kepada semua ini, buat pertama kalinya, segmen hiburan yang dinamakan Toyota Gazoo Racing 'OFF THE GRID’ turut akan ditayangkan secara langsung. Diacarakan oleh 10 selebriti tempatan yang turut akan berlumba dalam Vios Challenge.
Penstriman langsung ini boleh diakses menerusi laman web UMW Toyota Motor dan juga Toyota Gazoo Racing Malaysia di https://toyota.com.my/tgrmalaysia/, dan juga melalui laman Facebook Toyota Malaysia dan Toyota Gazoo Racing Malaysia.
Untuk pertanyaan, peminat perlumbaan boleh melayari https://toyota.com.my/tgrmalaysia/.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7941
SELANGOR
BSU9400
JOHOR
JH1945J
PULAU PINANG
PSH3144
PERAK
APM8047
PAHANG
CFJ3722
KEDAH
KGJ7529
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1135
KUCHING
QAB9670P
Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge